“Harap dia sudi terima..” Usahawan mahu hadiahkan kereta pada ‘Abang VlVA’.

Seorang usahawan pr0duk k0smetik, Sha Hasan menyatakan hasrat bagi menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada lelaki yang tular selepas menyeIamatkan mngsa b4njir, Azwan Omar atau ‘Abang Viva’.

Menerusi satu p0sting di laman Facebook, usahawan berusia 25 tahun tersebut memohon bantuan warganet selepas dirinya gagaI menghubungi Azwan yang dipercayai sedang sibuuk menjayakan misi di sekitar Pahang.

Tolong Sha please. Dah banyak kali cuba hubungi tapi tak dapat. Harap Abang Viva sudi terima,” tulis pemilik nama Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan itu.

Sha berkata, inisiatif tersebut sekali gus dapat memudahkan niat murni lelaki dari Melaka itu dalam membantu lebih ramai mngsa terjejas termasuk sebarang situ4si di masa akan datang.

Ada tak sesiapa boleh bantu saya untuk hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp dia tapi takde resp0ns. Insya-Allah saya nak hadiahkan kereta baharu. Moga urusan dia dipermudahkan dalam membantu lebih ramai orang,” kongsinya.

P0sting berkenaan dikongsi sebanyak 1,000 kali serta ratusan komen netizen yang menyambut baik hasrat ibu kepada seorang cahaya mata itu selain mendoakan Sha dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

Selain itu, ada juga segelintir individu berharap supaya orang ramai memberikan masa dan ruang buat Azwan sekiranya mahu menyumbangkan sesuatu selepas nama lelaki itu ‘trending’ di semua platform media sosiaI.

Tenang2 dulu, dia tengah sibuk tu.

Semalam, seorang pengguna Twitter @ushardaniele yang juga wartawan memaklumkan pihak Perodua mencari Azwan namun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai tujuan tersebut.

Sumber: Facebook Sha Hasan , Twitter @ushardaniele

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*