Dua Beradik Istimewa Tervja Masuk Sekolah, Si Adik Pling Tak Sabar Tapi Suka Buat Drama Tiap Pagi- “Gelagat Abg Pimpin Tangan Pling Mnyentvh Hati”

MINGGU ini media soslal ‘meriah’ apabila dibanjlri dengan perkongsian warganet mengenai ragam anak-anak atau adik masing-masing yang baharu memulakan sesi persekolahan untuk tahun akademik 2022.

Pelbagai gelagat serta karenah si kecil yang dipaparkan, termasuklah yang mencult hati mahupun yang mengvndang hlba.

Tidak ketinggalan, perkongsian seorang ibu mengenai gel4gat sepasang anak istimewanya ketika memasuki sesi persekolahan benar-benar menyentvh hati ramai warganet.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan di laman soslal, kelihatan dua beradik berkenaan begitu gembira dan teruja apabila lengkap mengenakan uniform pelajar seolah-olah tidak sabar mahu melangkah ke sekolah.

Namun salah satu video yang dimuat naik, memaparkan si abang memimpin tangan adik perempuannya keluar dari pagar usai sesi persekolahan untuk dijemput ibu bapa masing-masing, begitu mervntun jiwa.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Efazana berkata, kedua-dua anaknya didiagn0s dengan sindr0m ‘microcephaly’ sejak berada dalam kandungan, iaitu keadaan di mana saiz kepala bayl lebih kecil dari n0rmal kerana 0tak tidak berkembang dengan baik.

“Mereka adalah anak ketiga dan anak keempat daripada empat adik beradik. Muhammad Haziq Apendi kini berusia 10 tahun, manakala Farzana Husna Apendi berusia tujuh tahun.

“Husna yang paling tervja sebab dia baru nak menjejakkan kaki ke sekolah. Haziq pula dah biasa, tapi dia tetap teruja sebab sebelum ini dah lama belajar tanpa bersemuka.

“Masa beli baju uniform, kasut, beg sekolah… mereka cuba fitting dan happy sangat. Asyik nak pakai saja sebab tervja nak masuk sekolah.

“Hari pertama hantar, dalam kereta mereka menyanyi-nyanyi lagi. Tapi bila sampai depan pagar, Husna berkepit dengan ayahnya tak nak masuk. Puas pujuk barulah okay. Hari kedua pun drama juga. Tapi cikgu kata, dalam kelas Husna okay. Budak-budak biasalah, nampak mak ayah dia buat perangai,” ujar wanita berusia 43 tahun ini.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, Haziq dan Husna ditempatkan di kelas yang sama menerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Rendah (SK) Taman Gembira, Klang.

Tambah Efazana, dia bersyukur kerana semua guru kelas PPKI memberikan layanan yang baik kepada murid berkeperluan khas seperti dua anaknya.

“Bila mereka balik sekolah, kita tanya belajar apa hari ini. Tapi Haziq dan Husna hanya mampu sengih bila ditanya. Mereka tak sepetah kanak-kanak seusia yang lain. Mereka cakap satu demi satu perkataan.

“Tapi nampak raut wajah, kita tahu mereka happy. Setiap pagi pun mood baik dan bersemangat nak ke sekolah,” ujar Efazana yang menjalankan bisnes hijab dan produk penjagaan wajah.

Mereka walaupun istimewa, tapi tak bagi masalah untuk kami. Datuk nenek sepupu sepapat semua layan macam biasa. EFAZANA IBU

Tidak keberatan bercerita mengenai Haziq dan Husna, Efazana berkata dia sendiri pada mulanya sukar untuk menerima hakikat sejak diberitakan oleh doktor mengenai situasi kedua-dua anak istimewanya itu.

“Kami suami isteri diberitahu keadaan Haziq ketika dia sembilan bulan dalam kandungan. Waktu itu saya buat scan terakhir sebelum bersalin. Saya menangls dan tertanya-tanya macam mana rupa dia. Bila bersalin dan lihat wajahnya, saya terus reda… suamilah yang pujuk dan kata itu kehendak Allah.

“Bila mengandung Husna pula, sekali lagi diberitakan perkara sama dan waktu itu Husna enam bulan dalam kandungan. Sekali lagi rasa saya sedlh. Tapi siapalah kita nak t0lak kententuan Allah. Akhirnya kami reda.

“Namun benarlah, Allah takkan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung. Saya bersyukur, Haziq dan Husna sihat walafiat sampai sekarang malah senang dijaga.

“Mereka walaupun istimewa, tapi tak bagi masalah untuk kami. Kalau bermain dengan sepupu-sepupu pun okay. Datuk nenek sepupu sepapat semua layan macam biasa.

“Awal-awal saja sedih dan seperti sukar nak terima. Sekarang ni pejam celik, pej4m cel!k… dua-dua dah besar,” katanya sambil menambah, dua lagi anaknya dilahirkan normal dan masing-masing berusia 15 tahun dan 18 tahun.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih sehingga melebihi 823,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Efazana berkata dia terharu apabila membaca komen serta kata-kata semangat yang dilontarkan warganet.

“Ada yang suka tengok keletah dua beradik ini malah meminta saya kerap kongsi video mereka. Dalam pada itu, ada juga minta tip macam mana saya handle serta mempunyai kesabaran dikurniakan dua anak istimewa.

“Saya katakan, iya memang mula-mula rasa sedlh dan down namun itu bukan kemampuan kita untuk halang takdir. Kita orang terpilih menerima dvgaan, jadi kena kuat semangat.

“Saya juga tak segan atau malu nak bawa mereka ke mana-mana. Saya tak sorok anak-anak. Ada ibu bapa yang malu dikurniakan anak istimewa. Ingatkan diri, semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita kena redha. Kita tak tahu ganjaran yang menanti kelak.

“Apa yang saya harapkan, selagi masih bernyawa, saya akan jaga dan buat yang terbaik untuk anak-anak,” katanya lagi.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*