“Tahu Makan Sedap Je Tapi Nak Harga B40”- Cef Ammar Beng4ng Dilabel Jual Nasi Arab ‘Harga Tel Aviv’

TIBANYA bulan bulan puasa, isv harga makanan di bazar Ramadan sering menjadi topik hngat dalam kalangan netlzen.

Terbaharu Cef Ammar Ali yang terkenal dengan menu nasi Arab lamb shank menjadi mngsa kec4man netlzen kerana dikatakan menjual makanan dengan ‘harga Tel Aviv’.

Menyedari namanya menjadi bahan kec4man, cef kelahiran Palestln ini berkata orang ramai sepatutnya menilai sendiri kualiti makanan yang dijual, setanding dengan harga yang ditawarkan.

 

“Mereka kena tahu, harga barangan pun semakin naik. Saya hanya naikkan harga nasi Arab sebanyak RM1. Sebelum ini saya jual RM49, sekarang jadi RM50.

“Dalam nilai RM1 yang dinaikkan, pelbagai lagi kos dalaman perlu ditanggung. Bil elektrik tempat penyimpanan bahan mentah, barang-barang yang digunakan pun adalah premium, proses penyediaan juga dibuat teliti untuk kekalkan kualiti.

“Saya tahu kerana saya terlibat daripada A hingga Z. Saya dan anak pergi pasar, dan saya jugalah yang memasak.

“Saya juga ada kilang, tiga restoran, dan ada 34 pekerja yang bekerja dengan saya. Saya ada jenama yang kena maintain. Saya pun bukan baru dalam bidang ni,” katanya ketika dihubungi mStar.

Cef Ammar menambah, adalah tidak adil untuk mengatakan nasi Arab hasil air tangannya seolah-olah hidangan kayangan yang tidak mampu dinikmati oleh golongan B40.

“Orang kita nak makan mantap tapi nak harga B40. Saya bukan kerajaan nak beri subsidi. Saya tak berniat untuk memandang rendah kepada mana-mana pihak, kerana saya dulu juga B40… naik kereta lama.

“Tak apalah, bagi saya, yang komen ini mungkin narrow-minded, orang yang tak educated dan tak guna akal. Ambil contoh nasi lemak, ada yang berharga RM2, RM5, RM10 malah lebih mahal pun ada. Apa yang membuatkannya mahal adalah bahan-bahannya. Jadi, nak komen tapi biarlah ada style.

“Orang hanya nampak harga mahal, tapi tak pernah nampak apa yang kami buat. Saya berniaga ikhlas kerana Allah. Kami juga selalu sponsor untuk frontliners, sedekah pada masjid tapi kami tak sebut pun itu semua,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu pemilik Chef Ammar Xpress Souk Cafe ini sekali lagi menegaskan agar orang ramai khususnya netlzen melihat daripada segenap aspek sebelum membuat komen atau t0hmahan secara melulu.

“Jangan cakap fasal orang lain until you give the facts. Jangan hent4m kalau tak ada maklumat. Sebelum cakap buruk, tengok barang kami dulu. Saya selalu cakap, kalau tak sedap, saya pulangkan semula duit.

“Saya berani cakap macam tu sebab saya sendiri pergi pasar, saya sendiri yang masak. Lainlah kalau kami buat lebih kurang, macam k3s peniaga nasi briyani tak k0pek telur, letak daging pun sikit. Itu namanya dia bvnuh dirinya sendiri.

“Kita semua mencari rezeki halal. Berhentilah buat komen fltnah, ini semua d0sa besar. Sekarang bulan Ramadan, jangan buat macam ni,” katanya lagi.

Terdahulu tular dkwaan segelintir netlzen yang mempertlkaikan harga nasi Arab yang dijual Cef Amar di bazar Ramadan.

Susulan itu, Cef Amar memuat naik perkongsian video bagi menjawab dkwaan sedemikian.

Menerusi video tersebut, Cef Amar turut menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan nasi Arab dan menu-menu lain.

Nasi Arab hasil air tangan Cef Amar yang dijual di bazar Ramadan USJ 4 dan Seksyen 13 Shah Alam menjadi tumpuan ramai setiap tahun.

Pelanggan sanggup beratur panjang demi menikmati keenakan sajian resepi tradisi dari negara kelahirannya itu.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*