“Hajat Kakak Nak Pakai Baju Raya, Bergambar Bersama Adik2..” Anak ‘Pergi’ Buat Selamatnya pada 1 Syawal

Sebelum ini, tular di media soslal beberapa keping gambar menunjukan seorang kanak-kanak perempuan dipakaikan baju raya lebih awal dan bergambar bersama adik-beradik yang lain dalam keadaan dirinya yang kurang slhat.

Menerusi perkongsian dari Facebook bapanya, Rashidee Abd Rashid, adik Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee telah menghldap k4nser otak kr0nlk dan keadaannya begitu lemah.

Pakaikan baju raya buat anak. Jadi, mereka sekeluarga menunaikan hasrat anak tersayang yang ingin memakai baju raya dan bergambar bersama adik beradiknya.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan Rashidee, dia menyatakan andai hari tersebut merupakan hari terakhir anaknya di dunia, sekurangnya mereka tldak berasa ralat kerana sudah memakaikan pakaian raya kepadanya.

Anak pergi pada 1 Syawal
Kuasa Allah S.W.T lebih hebat dari segalanya. Pada 1 Syawal yang lalu, Rashidee telah memaklumkan yang anak tersayang sudahpun dijemput oleh Maha Penciptanya sekitar jam 12 tengahari.

Perkongsian tersebut pastinya begitu menyentuh hati andai ada yang mengikuti perkembangan kesihatan kanak-kanak tersebut sejak setahun lalu selepas disahkan menghldap ketmbuhan dalam otak.

Dalam perkongsian ringkas Rashidee, dia menulis yang anaknya ada meminta memakai baju raya berwarna putih dan Allah menunaikan hasrat tersebut.

“Kakak meminta Baju Raya Berwarna Putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan Kakak,”tulisnya.

Reda dengan pemerglan anak sulung
Menerusi muat naik yang berbeza, bapa kepada allahyarham juga sempat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengikuti perkembangan Raudhatus Solehah dan tak henti mendoakan agar Allah S.W.T mengangkat rasa saklt yang dihldapi.

Jelasnya, dia sekeluarga reda dengan ketentuan daripada Maha Pencipta dan mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kelahiran puteri sulungnya itu memberikannya satu pengajaran yang cukup besar dalam memikvl tanggungjawab sebagai orang tua.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*