‘Semua Yg Saya Ada Sekarang Ini Adalah..’ – Pengakuan Nana Selepas Dikatakan Kini Bertaraf Jutawan

” Terkejut juga apabila saya menonton vdeo itu”

Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, yang terkjut apabila dirinya did4kwa menjadi seorang penyanyi pop terkaya di Malaysia dan bertaraf jutawan oleh seorang YouTuber Indonesia.

Menurut Nana ketika dihubungi, semua yang diperolehnya kini adalah rezeki daripada Allah dan ia amat disyukuri.

Nana berkata, sama ada sudah bergelar jutawan atau tidak, dia hanya mampu mengaminkan saja.

” Alhamdulillah, semua yang saya ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah. Jadi, sama ada saya sudah jutawan atau belum, sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu.

” Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan saya dan semoga ‘masin’ mvlut anda yang mendkwa saya sudah jutawan itu.

” Saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada HarianMetro.

Menurut Nana yang juga ibu tvnggal kepada seorang anak lelaki, dia tidak menduga ada saluran YouTube daripada ‘content creator’ di negara jiran yang membicarakan mengenai pendapatan termasuk aset peribadi dimilikinya seperti rumah dan kend3raan.

” Sejujurnya, saya agak terkejvt juga apabila menonton vdeo berkenaan.

” Namun, dalam hati saya ‘amin’ kan saja kerana mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan. Insya-Allah, sebab setiap ‘kata-kata’ itu adalah doa,” katanya.

Nana pernah berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat

Dalam pada itu, Nana sebelum ini menceritakan  beliau pernah berpvtus asa dengan kerjaya seninya dan mengambil keputusan berniaga di pasar malam.

Bukan itu sahaja, menurut pelantun lagi Terus Mencintai ini dia juga pernah bergaya sksi semata-mata untuk pelancaran lagu, namun semuanya serba tidak menjadi.

Lebih menyentuh perasaan, Nana melakukan semua itu bukan semata-mata mencari populariti atau untuk diri sendiri, sebaliknya kerana mahu menampung kehidupan dia dan anaknya.

” Saya pernah rasa pvtus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai s3ksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

” Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri.

” Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya kepada mStar0nline.

Kisah ini diceritakan oleh Nana sekitar tahun 2015, sewaktu beliau ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

11 fakta menarik Siti Nordiana yang ramai tak tahu

1) Pemilik nama sebenar Siti Nordiana binti Alias lahir pada 22 November 1984 dan beliau ialah anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai seorang abang.

2)  Beliau dibesarkan di Rancangan Tanah Felda Sendayan yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Seremban. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan.

3) Pada usia 10 tahun, bapanya membawanya ke kedai makan di kampungnya. Lagu pertama yang dinyanyikannya ialah “Madah Berhelah” nyanyian asal Ziana Zain dengan iringan daripada kugiran secara langsung.

4) Sejak itu, beliau mula menyanyi di majlis perkahwinan sekitar kampung dan pernah menerima bayaran sebanyak RM30 setiap persembahan.

5) Antara 1995 dan 1996, beliau menyertai pertandingan demi pertandingan biarpun ketika itu masih bersekolah. Beliau terpilih mewakili Negeri Sembilan untuk menyertai Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Kebangsaan.

6) Pada tahun 1998, sewaktu menduduki Tingkatan 2, Nana menyertai Pertandingan Tunas 9 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menghimpunkan semua juara radio setiap bulan dan peserta yang terpilih akan bertanding dalam pertandingan.

Rezeki berpihak kepada Nana apabila beliau berjaya dinobatkan sebagai juara.

7) Nana memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada 1999 ketika usia 15 tahun selepas menandatangani kontrak rakaman bersama FMC Music di mana beliau telah menerbitkan sebanyak 5 album studio.

Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memutuskan untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masa.

8) Selain kerjaya solo, Nana juga paling dikenali sebagai pasangan duo bersama penyanyi Achik Spin, vokalis kumpulan Spin dan merupakan rakan baiknya.

Mereka terlebih dahulu mengenali sesama sendiri ketika zaman remaja di Negeri Sembilan sebelum sama-sama menyertai syarikat rakaman FMC seterusnya menjadi pasangan duet yang diminati ramai.

9) Siti Nordiana juga pernah berkahwin dengan pelakon, Allahyrham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie. Namun jodoh mereka tidak kekal apabila bercrai pada 14 September 2009.

10) Beliau kini sudah 13 tahun hidup solo dan bergelar ibu tvnggal, namun dia tidak pernah mentup pintu hati untuk berkahwin lagi. Sewaktu menunaikan umrah pada Mac 2022, tanpa berselindung, Nana berdoa agar dirinya bertemu jodoh.

11) Nana dig0sip bercinta dengan pelawak Shuib Sepahtu, namun Nana berkata itu cuma gurauan dan usikan peminat. Malah Nana terinspirasi dengan apa yang dilalui Shuib.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*