Ibu Neelofa Dedah Sifat Sebenar Suaminya

Ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan suaminya , Datuk Abdul Halim Khan seorang yang garang tetapi mempunyai hati yang baik.

Kongsi Noor Kartini, suaminya seorang lelaki yang penyayang kerana dapat menerimanya sebagai isteri meskipun ketika itu dia sudah mempunyai 5 orang anak dari perkahwinan terdahulu.

“Uncle (suaminya) ni sebenarnya masa mama (Noor Kartini) kenal dia dulu dia seorang yang garang, tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan 5 anak anak mama.

“Dulu masa anak anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap ” you jaga anak je” tapi mama nakal ada juga jual senyap2 tapi uncle tahu sebenarnya ..

“Lama lama bila mama lembut dengan uncle , mama nampak uncle sebenarnya mungkin masih dalam proses nak berkenalan dengan mama , yelah kami kan kenal sekejap je then kahwin,” beritahunya.

Kartini berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya bersama bapa tiri Neelofa yang dipercayai ketika itu berada di dalam pesawat.

Kini, Kartini bersyukur kerana usia perkahwinannya sudah mencecah 25 tahun dan dia bahagia hidup dengan suaminya.

“Alhamdulillah dah masuk 25 tahun mama bahagia, Allah hadirkan suami yg penyayang , penuh dengan ihsan dan empati terhadap ramai orang. Dia banyak mengajar mama menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.

“Dari dulu sebagai isteri mama selalu jadi isteri yang tidak meminta – minta tetapi memang uncle selalu hadiahkan mama macam-macam mungkin asbab kebaikan dia kepada mama sebagai isteri Allah kurniakan dia rezeki berjaya,” kongsinya lagi.

Selama 25 tahun mendirikan rumah tangga Noor Kartini turut dikurniakan 4 orang lagi cahaya mata bersama.

Bukan cal4ng-cal4ng ayah tiri Neelofa ni, ini bisnes besar dia rupanya.

Lumrah menjadi artis pasti ahli keluarga juga turut menerima tempias populariti begitu juga dengan bapa tiri kepada Neelofa iaitu Dato’ Abdul Halim Khan yang berkahwin dengan ibunya Datin Noor Kartini.

Semakin hari semakin ramai yang tertanya siapakah identiti sebenar bapa tiri kepada Neelofa ini. Adakah beliau seorang ahli polltik, usahawan dan sebagainya.

Menurut satu artikel yang ditulis sebuah blog hiburan tanah air, Dato’ Khan memiliki sebuah syarikat yang memfokuskan import daglng lembu segar dan halal dari Australia dan Kanada.

Beliau juga terkenal sebagai seorang suami yang romantik. Sempena ulangtahun isterinya yang ke-54 beberapa tahun lalu, beliau telah menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama BMW buat isteri tercintanya itu sebagai kejutan.

Menurut Datin Kartini, dirinya meluahkan rasa terharu bukan disebabkan hadiah yang diterimanya, malah usaha suami merancang kejvtan istimewa itu menyentvh hati dan perasaannya.

Identiti Dato’ Khan mula disebut-sebut warganet selepas individu ini mula dikenali selepas menikahkan anak perempuannya, Atisha Khan yang merupakan adik kepada Neelofa sendiri.

Lihat Video:

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*