Aeril Zafrel terima penghargaan, bayar zak4t melebihi RM50,000

Membayar zakat merupakan salah satu rukun Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan dari segala segi.

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel telah berkongsi gambar mendapat penghargaan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS)  di Instagram miliknya pada penghujung bulan lalu.

 

View this post on Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Dalam perkongsian tersebut, dia mengucapkan rasa syukur kerana mendapat penghargaan tersebut pada tahun ini dan sempat mengajak orang ramai untuk sama-sama menunaikan kewajiban.

Bayar zak4t melebihi RM50,000

Menerusi hantaran Facebook LZS juga turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon berkenaan kerana terus menyokong membantu golongan asnaf di Selangor dengan menunaikan zakat melebihi RM50,000.00.

Pihak mereka juga mendoakan agar harta serta rezeki Aeril sekeluarga terus dimurahkan oleh Allah S.W.T supaya dapat terus membantu insan-insan yang memerlukan.

Perkara baik tak salah dicontoh

Perkongsian berkenaan pastinya telah mendapat komen-komen p0sitif daripada warganet yang merasakan Aeril boleh menjadi salah satu contoh usahawan yang tetap peduli dengan golongan asnaf.

Mereka juga berharap dengan apa yang dikongsikan oleh pelakon itu, ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka yang cukup syarat untuk sama-sama mengeluarkan zak4t.

Menjadi inspirasi dalam buat kebaikan

Terdahulu, suami kepada selebriti Wawa Zainal ini pernah berazam untuk istiqomah membayar zak4t setiap bulan setelah perniagaannya kukuh dan mempunyai empayar sendiri.

Perkongsiannya itu telah mendapat resp0n yang baik dari para peminat dan juga rakan artis yang mana masing-masing berdoa agar mampu menjadi seperti Aeril dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel, Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*