Lelaki ini ‘ketepik4n’ wang kertas RM20 yang diterima, sedar-sedar jumlahnya hampir 50k

SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit.

Itulah yang ingin dibuktikan Fendi Islam,32, apabila dia mula menyimpan wang kertas RM20 dalam t4bung setiap kali menerimanya.

Dan siapa sangka usah4nya itu membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul sebanyak RM47,500 dalam masa hanya setahun.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Fendi yang juga seorang usahawan kedai kek berkata dia mula menyimpan wang kertas RM20 sejak Mac tahun lepas.

“Setiap malam saya akan buka wallet dan ambil semua note RM20 untuk disimpan.

“Tapi selain note RM20 saya juga simpan wang kertas baru macam RM1 dan RM10 tapi kalau duit RM20 saya tak kira baru ke tak… memang akan simpan.

“Saya agak mungkin selepas setahun dapat dalam belasan ribu je. Saya kumpul RM500 dan jadikan satu set, jadi bila tengok ada banyak set saya terkejut dan bila kira ada RM47,500,” katanya dalam nada t3ruja.

Perkongsiannya mengenai cara dia menyimpan wang di laman TikTok mendapat hampir 2 juta tontonan.

Fendi mula men4bung sejak bermulanya Perint4h Kawal4n Pergerak4n 1.0.

Fendi berkata niatnya berkongsi video tersebut hanya untuk memberi inspir4si kepada masyarakat di luar sana untuk turut menyimp4n secara k0nsisten.

“Saya sebenarnya tak percaya saya m4mpu sebab saya seorang yang b0ros, kaki jalan sebelum ni tapi mungkin rezeki saya dekat sini.

“Saya t4kut juga nak post, banyak juga yang bagi nasihat cakap hati-hati, tapi saya kongsi sebab saya nak bagi orang lain semangat, kita ni manusia kalau kita tak tahu hasilnya, kita tak akan mulakan sesuatu tu.

“Jadi saya nak orang tahu hasilnya dan semoga ia dapat beri inspirasi kepada mereka untuk mencuba,” katanya.

Fendi bagaimanapun menasihatkan mereka yang ingin cuba menyimpan dengan cara ini supaya mengikut keupayaan diri sendiri.

“Tak semestinya perlu simpan note RM20, ada orang kata mereka dah simpan lepas tu hujung bulan terp4ksa keluarkan untuk anak… tak mengapa.

“Sebenarnya apa yang penting adalah menyimpan dengan konsisten, kalau terguna tak apa… boleh kumpul balik. Mereka juga boleh simpan duit RM5, RM10 malah note RM100 bagi yang mampu,” katanya.

Fendi ingin membawa ibu bapanya menunaikan umr4h dengan wang yang dikumpul.

Menurut Fendi, dia berazam untuk menggunakan wang yang dikumpul itu untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah.

“Kalau ada rezeki saya nak bawa mak dengan ayah pergi buat umrah atau kalau ada keperluan lain serta kec3masan pun sekurang-kurangnya saya ada simpanan,” katanya.

Sementara itu berkongsi mengenai dirinya, Fendi berkata dia bukanlah berasal daripada keluarga berada.

“Mak ayah saya sudah bers4ra, dalam keluarga saya saja yang menc3buri bidang perniagaan itu pun disebabkan des4kan hidup untuk mencari rezeki.

“Saya mula sebagai home-baker sekitar tujuh tahun lepas, masa tu memang tak sangka sebab saya belajar Urban Design and Planning dengan Rural Tourism tapi lepas habis belajar saya rasa tak minat nak kerja dalam bidang saya belajar,” katanya.

Menurut Fendi sebelum mengeluarkan produknya sendiri dia juga terp4ksa melalui segala p3rit j3rih seperti mana dilalui peniaga lain yang baru mula bert4tih.

“Saya pernah jual batik Sarawak dan kain sari, bayangkan masa tu saya naik bas dari Terengganu ke Kuala Lumpur bawa beg yang macam beg Ikea tu untuk beli kain, angkut naik LRT (Light Rail Transit), kemudian pergi ke TBS (Terminal Bersepadu Selantan).

“Saya pernah COD (Cash on demand) ke rumah mak cik-mak cik dekat sini.

“Tapi lepas tu saya fikir saya perlu cari perniagaan yang boleh dapat pendapatan lebih sustainable dan saya dapat ilham buka kedai kek masa pergi beraya dekat rumah kawan saya, masa tu saya makan brownies dekat rumah dia,” katanya.

Fendi bermula sebagai home-baker tujuh tahun lepas, tapi kini dia mempunyai dua buah kedai.

Menurut Fendi dengan bantuan rakan serta video tutorial di YouTube, dia akhirnya berjaya menghasilkan produk pertamanya, iaitu brownies untuk dijual.

“Kali pertama saya buat brownies selepas kawan saya bagi resepi melalui telefon… memang ternganga masa buat. Kali pertama tak jadi, saya cuba semula tak jadi juga kemudian saya tengok Youtube, try and error sebab saya ni memang minat buat research.

“Kemudian saya bagi keluarga saya rasa mereka kata okay, jadi saya cuba jual dan kebetulan kena dengan selera orang ramai.

“Lama-lama tu saya cuba buat produk lain, cheesecake, cookies dan banyak lagi,” katanya yang kini mempunyai dua buah kedai – di Dungun, Terengganu dan Temerloh, Pahang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber:mstar