Gadis Lamar Kekasih Dengan Hadiah Rumah Dan BMW

Jika kebiasaanya lelaki yang melamar teman wanitanya, tapi kali ini lain pula halnya. Gadis lamar kekasih siap dengan hadiah rumah dan kereta BMW.

Gadis dari China itu membuat kejutan kepada teman lelakinya bersempena ulang tahun pertama hubungan cinta mereka dengan melamar kekasih hatinya itu.

Menerusi laporan media antarabangsa, gadis berusia 24 tahun itu, Xiaojing merancang untuk melamar teman lelakinya, Xiaoke di tempat pertama kali mereka keluar bersama.

Maka pada 11 Disember lalu, gadis itu lamar kekasihnya dengan iringan hadiah sebuah BMW, surat pemilikan rumah dan sejambak bunga. Romantik sungguh apabila Xiaoke bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Menjelaskan lebih lagi mengenai majlis lamarannya, Xiaojing turut mengakui hadiah rumah dan kereta adalah tajaan dari keluarganya. Beruntung betul teman lelaki gadis ini.

Namun begitu, menurut Xiaojing dia melakukan itu semua kerana dia sangat teringin untuk membaIas segala kebaikan lelaki tersebut kepadanya.

“Dia selalu menjaga dan berk0rban untuk saya. Saya terlalu teringin untuk lakukan sesuatu buatnya,” kata Xiaojing.

Tambahnya lagi, bukan harta milik lelaki itu yang menjadi ukuran. Apa yang dimahukannya hanyalah cinta dan kasih sayang serta bertanggungjawab selepas perkahwinan mereka.

Kisah mereka ini membuktikan harta benda bukanlah ukuran segalanya. Jika cinta itu iklhas pasti akan ada yang menghargainya. Cepat atau lambat pasti akan ada.

Sumber: Asia One via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*