Kebolehan Gadis Ini Bercakap Pelbagai Bahasa Buat Ramai Kagum!

Memiliki kebolehan bercakap lebih dari dua bahasa sememangnya satu yang cukup istimewa. Bukannya sesuatu yang biasa-biasa dapat dilihat, namun kebolehan gadis ini bercakap pelbagai bahasa buat ramai yang kagum.

Baru-baru ini tular di sosiaI media dengan satu video seorang gadis yang menunjukkan kebolehannya bertutur dalam pelbagai bahasa. Perkongsian oleh seorang pengguna Twitter bernama Zahra itu telah meraih perhatian ramai dengan 5 juta tontonan.

Dalam video itu, kelihatan seorang gadis sedang berdiri di depan cermin sambil merakamkan dirinya yang sedang bercakap dalam pelbagai bahasa. Antaranya dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Arab, Perancis, Hindi, Urdu, Cina dan Chadian.

Berikut adalah video yang memaparkan kehebatan gadis ini bertutur dalam pelbagai bahasa:

Wow, luarbiasa! Bukan sahaja boleh bercakap dalam pelbagai bahasa, malah cukup lancar.

Perkongsian ini juga telah meraih lebih 86,700 retweets dan 347,500 likes.

Rata-rata netizen memuji kebolehan gadis ini dan meninggaIkan re@ksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Loghat Sepanyol, Urdu dan Hindi darinya sangat elit”

“Dia pasti akan sentiasa ada kerja! Penterjemah sangat diperlukan…”

Sumber: Zahra via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*