Pekerja A&W Berhati Mulia Bantu Pelanggan Dipuji Ramai

Baru-baru ini satu perkongsian seorang lelaki di laman sosial mengenai anak muda yang cukup nilai murninya meraih perhatian ramai. Perkongsian tersebut adalah mengenai pekerja A&W berhati mulia dengan mengambil pesanan biarpun pada ketika itu dia tidak punya wang tunai itu telah menjadi tular di sosial media.

Perkongsian mengenai pekerja A&W berhati mulia itu kemudiannya dikongsikan semula oleh saIah seorang pengguna Twitter @HarizHaiyyan.

Menurut individu asal yang berkongsikan mengenai kisah ini, kejadian itu berlaku ketika dia singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Pada ketika itu dia mahu memesan makanan untuk keluarganya sebelum perasan tiada wang tunai.

Ketika mahu memesan, dia bertanya jika ada terima kad debit. Malangnya tidak dan dia terus menghubungi isterinya yang pada waktu itu berada di surau.

Namun juruwang yang bernama Firdaus Fitri itu kemudiannya bertanya jumlah makanan yang mahu dipesan.

Dipendekkan cerita, anak muda itu mengambil pesanan tersebut dan membenarkan individu tersebut membayar kemudian selepas mengeluarkan wang dari ATM. Biarpun begitu, akhirnya isteri pelanggan itu akhirnya dapat dihubungi dan membayarnya dengan wang tunai.

Berikut adalah perkongsian penuh kisah tersebut:

Perkongsian ini telah menjadi tular di sosial media dengan lebih 24,900 retweets dan 27,200 likes.

Rata-rata netizen memuji tingkahlaku pekerja A&W itu dan meninggaIkan komen seperti berikut:

“Dia  bagi kepercayaan yang tinggi kepada pakcik tu…”

“Mudah2an tiada yang ambil kesempatan dan kesempitan…”

“Jarang dapat jumpa anak muda yang berhati ikhlas dan sanggup membantu…”

Sumber: Hariz Haiyyan via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*