GeIagat Spontan Ropie Dalam J.K.K Buat Penonton Berdekah!

Drama sitkom J.K.K yang memaparkan kisah masyarakat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kalut. Beberapa pelakon komedi hebat membintangi sitkom ini membuatkan ia antara rancangan yang cukup menghiburkan. Terbaru gelagat spontan Ropie dalam J.K.K kembali meraih perhatian ramai.

Dalam episod terbaru drama sitkom ini, Azhan Rani menjadi pelakon undangan. Biarpun kehadirannya turut mengamitkan suasana kerana ‘bayangan’ watak Ustaz Hamadi dalam siri drama Nur, namun gelagat pelakon asal tetap menarik perhatian ramai.

Manakan tidak pelakon-pelakon hebat yang juga otai dalam bidang komedi cukup bersahaja melakonkan peranan masing-masing. Salah seorangnya adalah Ropie yang memegang watak Pak Kodi. Lakonannya dalam episod kali ini menjadi tular sosial di sosial media kerana gelagatnya yang spontan dalam sitkom tersebut.

Berikut adalah sedikit petikan sitkom ini yang menjadi perhatian ramai:

Video petikan dari J.K.K ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @khidirsharudin dan telah meraih lebih 418,000 tontonan. Selain itu hampir 46,000 retweets dan 34,800 likes.

Rata-rata netizen meninggaIkan reaksi mereka mengenai gelagat spontan Ropie dalam J.K.K di ruangan komen seperti berikut:

“Aku tengok banyak kali tetap aku gelak macam mula2 aku gelak. Sakit perut aku sebab gelak”

“Kelakar Ropie ni. Dulu masuk MLM, tak kelakar pun. Semenjak join rancangan ni, barulah nampak sense of humor dia”

“Dalam ramai2 tu Ropie main peranan penting hahaha”

Sumber: khidirsharudin via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*