Penyanyi Jalanan Bersuara ‘Sumbang’ Raih Perhatian, Lebih 4Juta Tontonan

Mempunyai vokal yang merdu merupakan bakat seni yang paling diidamkan ramai orang. Dengan pelbagai rancangan mencari bakat nyanyian yang diadakan, lebih ramai orang yang terpengaruh  untuk menjadi penyanyi walaupun tanpa bakat atau kemahiran.

Tidak semua orang dilahirkan dengan kebolehan semula jadi. Apabila kita menonton filem atau persembahan yang hebat kita mudah untuk merasakan kita juga boleh melakukan perkara yang sama.

Namun semua hasil seni yang hebat sama ada dari segi visual, audio atau penulisan memerlukan latihan yang terperinci, serta pengetahuan yang betul.

Oleh itu tidak semua dapat menyanyi dengan merdu walaupun mempunyai vokal yang mantap kerana menyanyi bukan sahaja memerlukan bakat semula jadi tetapi juga usaha keras untuk melatih intonasi.

Itulah yang dapat dilihat apabila seorang gadis mempersembahkan sebuah lagu di tepi jalan sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

Apabila dia m@ti, walaupun gadis itu mempunyai suara yang lunak, intonasinya berterabur dan menyebabkan lagu yang didendangkannya kedengaran sumbang.

Mendendangkan lagu We Belong Together oleh Mariah Carey, gadis itu langsung tidak mempedulikan reaksi orang ramai yang merakam nyanyiannya itu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila beberapa orang par@medik mengusung pes@kit di atas stretcher ke dalam ambuIans di sebelah wanita itu.

Situasi itu membuat orang ramai rasa geli hati kerana mempercayai m@ngsa jatvh s@kit kerana mendengar nyanyian gadis itu.

Apa yang membuat lebih lucu adalah apabila saIah seorang paramedik itu sempat menari dalam situasi itu. Ditonton lebih 4 juta kali, ramai netizen yang berdekah melihat adegan itu dan memberikan pelbagai komen lucu.

Sumber: Twitter via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*