Ramai Setuju Dengan Skrip Dalam Drama ‘Adella Sofea’ Ini

Drama Melayu yang dipaparkan di televisyen hari ini sememangnya banyak berkisarkan mengenai cinta, kekeluargaan dan sebagainya. Begitu juga dengan drama berjudul Adella Sofea yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3.

Memaparkan dua gandingan hebat iaitu Mira Filzah dan Ungku Ismail, drama ini mengisahkan mengenai pasangan suami isteri, Firdaus dan Adella Sofea. Pada awalnya rumahtangga mereka bahagia sama seperti pasangan lain. Namun seperti biasa, drama jika tidak ada plot twist tidak menarik bukan?

Jadi nak dijadikan cerita, rahsia silam Firdaus akhirnya terb0ngkar. Disebabkan itu, ia memberi kesan kepada hubungan mereka.

Biar pun begitu baru-baru ini ada satu babak yang mana Mira Filzah yang memegang watak utama dalam drama ini sedang berbual dengan bapanya tular di sosial media.

Petikan bab@k berdurasi 21 saat itu memaparkan skrip bapa kepada Adella Sofea yang sedang menasihati anaknya itu untuk membuat pilihan pasangan hidup yang sesuai.

Berikut adalah dialog yang dikatakan oleh pelakon, Kazar:

“Lebih baik kita terima orang yang dah nampak dia sayang kita daripada kita nak cari yang belum tentu boleh sayang dengan kita”.

Ini adalah rakaman babak yang tular tersebut:

Petikan rakaman ini telah meraih lebih 200,000 tontonan dan 21, 100 retweets dan 107,700 likes.

Rata-rata netizen meninggaIkan reaksi mereka mengenai dialog ini di ruangan komen seperti berikut:

“Exactly”

“Sama macam yang mak katakan pada saya”

“Setuju tapi manusia sekarang pentingkan rupa lebih dari keikhlasan”

Sumber: Nabilazani_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*