“Sekeras mana suami pasti dapat dilenturkan dengan kelembutan si isteri…”- Tokti

Siapa tidak kenal dengan penyanyi hebat ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti. Kini kehidupan Tokti semakin bahagia disamping suami, Datuk Seri Khalid Jiwa dan tentu saja semakin ceria dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah.

Tokti dan suami mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006 dan kini sudah genap 13 tahun usia perkahwinan penyanyi nombor satu tanah air ini bersama suaminya.

Terbaru, perkongsian Tokti yang bukan sekadar memuat naik foto bersama suami namun kapsyen panjangannya mengenai ‘rumah tangga’ membuatkan ramai setuju.

“…kelembutan si isteri…”

“Dalam rumahtangga pasti ada tak sependapat tapi akhirnya pasti ada penyelesaian… hahahaha… saja ja kita dok asah langkah silat… silat suami isteri katanya… sekeras mana suami pasti dapat dilenturkan dengan kelembutan si isteri… betul kannn?” tulis Tokti menerusi posting.

Dalam pada itu, posting Tokti ini juga meraih lebih 100,000 tanda suka apabila selain kapsyen, foto ‘sweet’ pasangan terkenal ini menjadi tumpuan ramai sehingga pelbagai maklum balas ditinggalkan.

Kapsyen penyanyi terkenal ini ternyata meraih perhatian pengikut dan peminatnya yang mana rata-rata meluahkan rasa setuju terhadap kata-katanya.

So sweet… comelll laaaa…

Ye betul tu…

Setuju barula ada warna warni dalam rumah tangga… semoga @ctdk dan suami bahagia sampai ke jannah…

Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*