Fenomena Pelangi Terbentuk Pada Kedudukan Rendah, Nampak Dekat!

Walaupun pelangi boleh terbentuk pada bila-bila masa, fenomena alam itu tetap menjadi sesuatu yang istimewa bagi sesiapa yang sempat melihatnya.

Selain warnanya yang cantik, fenomena pelangi juga mempunyai maksud tersendiri di sebalik keindahannya. Sesiapa yang melihatnya akan berasa tenang dan dapat melupakan perihal harian yang remeh.

Malah dalam kehidupan juga kita sering mendengar pepatah ‘di sebalik hujan ada pelangi’, yang menggambarkan bagaimana setiap kedukaan ada hikmahnya.

Jadi tidak hairanlah ramai yang teruja apabila dapat melihat fenomena itu di depan mata sendiri. Seperti baru-baru ini, telah tular beberapa gambar fenomena pelangi di Gombak yang dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai arah.

Uniknya, jika kita biasa melihat pelangi berada tinggi di langit, pelangi yang terbentuk itu pula berada di kedudukan sangat rendah dan kelihatan dekat dengan orang ramai.

“Memang dekat giIa woi…”

Situasi ini terjadi kerana kedudukan matahari yang tinggi pada lebih 40 darjah, di mana biasanya pelangi yang terletak tinggi di langit dibiaskan oleh matahari pada kedudukan rendah.

Di samping mengkagumi kejadian pelangi itu, reaksi seorang pak cik turut mengundang netizen untuk memberi komen lucu.

“Pakcik tu mesti tengah jerit…”

Sumber: Twitter via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*