Video Sean Lee Menari Lagu Dance Monkey, Ramai Terhibur.

Lagu Dance Monkey sejak akhir-akhir ini menjadi kegemaran ramai. Lagu dengan lirik dan melodi yang cukup catchy nyanyian asal Tones and I ini juga menjadi semakin menular di sosial media. Malahan beberapa selebriti tanah air turut membuat cover lagu ini. Selain itu, video Sean Lee menari lagu Dance Monkey turut meraih perhatian ramai.

Video tarian pelakon itu dikongsikannya melalui laman Instagram Sean Lee sendiri dan setakat ini telah meraih hampir 300,000 tontonan sejak di muatnaik beberapa hari lalu.

Menerusi ruangan kapsyen, Sean Lee menulis video itu adalah cabaran yang diberikan oleh seorang penyanyi wanita bernama Neeta.

“Jangan main challenge jer, korang ingat Sean tak berani? #mydancemonkey…”, tulis pelakon ini.

Berikut adalah video yang telah meraih perhatian ramai itu:

Boleh tahan juga gerak tari pelakon drama ‘Sweet Dreams’ ini. Rata-rata netizen meninggaIkan reaksi mereka di ruangan komen mengenai Sean Lee menari Dance Monkey ini seperti berikut:

“Jatuh tersembammm satgy jenuhhh…mengundur sakan”

“Comel lerr alamak”

“Ahahah..Style”

“Power siak”

Sebelum ini beberapa penyanyi tanah air turut membuat video menyanyikan lagu Dance Monkey ini dan telah meraih perhatian ramai. Antaranya Zizi Kirana dan Ara Johari. Sudah semestinya video-video nyanyian tersebut mendapat pujian peminat mereka kerana suara kedua-duanya memang terbaik!

Sumber: Sean Lee via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*