“Dua2 cantik! Dua2 isteri Remy Ishak…””- 3 keping foto Intan Najuwa & Mira Filzah raih pujian

Pelakon popular, Intan Najuwa menerusi laman Instagram ada berkongsikan beberapa keping foto dan difahamkan selebriti jelita ini menghadiri sebuah majlis satu jenama kasut mewah di pusat membeli belah terkemuka.

 

View this post on Instagram

 

I’m wearing @longchamp for tonight’s event ✨ #LongchampSS20 #LongchampRTW #lepliagebylongchamp

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

Bagaimanapun, tidak hanya foto dirinya sendiri saja mencuri tumpuan. Ini kerana Intan Najuwa turut memuat naik foto bersama pelakon yang cukup dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air iaitu Mira Filzah.

Selain memuji kecantikan dua selebriti ini, netizen turut membicarakan mengenai lakonan mereka dalam drama yang diakui lakonan Mira Filzah mahupun Intan Najuwa meninggaIkan kesan buat mereka terutama peminat drama tempatan.

Untuk rekod, penangan drama Kekasih Paksa Rela gandingan Intan Najuwa bersama Remy Ishak melonjakkan lagi nama pelakon jelita ini dalam dunia lakonan.

“Such a lovely night. Congratulations on the grand opening @louboutinworld in Pavilion, Kuala Lumpur…” tulis Intan Najuwa menerusi beberapa keping foto bersama Mira Filzah.

Selain Intan Najuwa, gandingan Remy Ishak bersama Mira Filzah dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan turut menjadi sebutan peminat dan pengikut.

Mana taknya, kedua drama ini mendapat respon luar biasa daripada peminat dan tidak mustahil sehingga kini masih menjadi sebutan mereka.

“Dua2 isteri Remy Ishak dlm drama…”

“Heroin dalam dua drama yg melekat di hati…”

Sumber: Intan Najuwa via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*