Wahh Tahniah! POS Malaysia Kini Punyai Pesawat Sendiri

Sekitar 27 tahun dahulu, sebuah artikel akhbar tempatan pernah menyiarkan mengenai perkhidmatan pos negara ini akan memasuki era baru apabila ia menggunakan kapal terbang bagi meningkatkan urusan penghantaran surat dan bungkusan.

Pesawat Pertama POS Malaysia.

Kini impian terlaksana apabila POS Malaysia Berhad telah mencatat sejarah apabila sudah mempunyai pesawat sendiri. Menerusi perkongsian dari Malaysia Airports dalam laman Facebook milik mereka, pesawat pertama Pos Malaysia Asia Cargo itu telah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,(KLIA) Sepang pada Jumaat lalu.

Didaftarkan Dengan Kod 9M-POS

Sama seperti pesawat-pesawat baharu yang lain, ketibaan ‘mereka’ di KLIA juga disambut dengan pancuran air dari dua buah jentera sebagai tanda ucapan ‘selamat datang’ ke lokasi tersebut.

Difahamkan pesawat tersebut,POS Asia Cargo turut didaftarkan dengan kod pesawat Nine Mike, Papa Oscar Sierra (9M-POS). Tahniah POS Malaysia!

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*