[VIDEO] Terpancar Kegembiraan Di Wajah, Lelaki Berlari Ke ‘Rumah Allah’ Bila Tahu Masjid Dibuka Semula

Seorang lelaki tidak dapat mengawal keterujuaan beliau apabila mendengar Iaungan iqamah dari masjid berdekatan kediaman beliau. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter menunjukkan lelaki tersebut berlari sambil menj3rit teruja.

“Masjid sudah buka, masjid sudah buka. Saya rasa saya dengar iqamah.”

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Musa Abdul-Aleem merupakan seorang atlet bola keranjang di Qatar. Menurut Musa beliau tidak dapat mengunjungi masjid sejak pertengahan Mac lagi kerana Qatar telah menutup semua tempat ibadah bagi meny3kat penuIaran C0VID-19.

Berkongsi di laman Instagram Musa, pada awalnya dia sudah bersiap sedia untuk meIakukan solat fardhu Magrib di rumah seperti kebiasaan, tetapi apabila terdengar iqamah selepas Iaungan azan, Musa terus bergegas ke masjid.

Katanya, keterujuaan dan keseronakan dapat kembali  solat berjemaah bersama umat Islam yang lain merupakan perkara yang ditunggu-tunggu sejak perintah berkur0ng diisytiharkan.

Video tersebut telah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan mendapat banyak reaksi dari warganet yang rata-rata terharu dan mengagumi keterujaan dan kegembiraan beliau.

Sumber SK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*