Jual baju pengantin demi ayah

“WALAUPUN baju pengantin ini memberi kenangan indah kepada kami, namun demi bapa, kami sanggup menjualnya.”

Demikian pengakuan Nora Syaffiqah Katin, 24, yang sanggup menjual baju pengantinnya demi menampung kos rawatan pemb3dahan bapanya, Katin Japas, 53, yang kini terlantar di H0spital Umum Sarawak selepas terjat0h dari pokok di sebuah kebun di Bekenu, Miri.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, baju pengantin lelaki dan wanita itu mahu dijual dengan harga RM800 dan kini jumlah terkumpul untuk pemb3dahan bapanya mencecah RM3,000..

Menurutnya, bapanya terjat0h dari pokok pada Rabu lalu dan ditemui sehari selepas itu sebelum dikejarkan ke h0spital..

GAMBAR kenangan Nora bersama ayah dan suaminya di hari perkahwinannya, tahun lalu. FOTO ihsan Nora Syaffiqah Katin.

GAMBAR kenangan Nora bersama ayah dan suaminya di hari perkahwinannya, tahun lalu. FOTO ihsan Nora Syaffiqah Katin.

“D0ktor mengesahkan bapa p4tah Ieher dan tulang belakangnya turut p4tah menyebabkan ia menekan s@raf, kedua-dua kaki bapa tidak dapat bergerak ketika ini menyebabkan pemb3dahan perlu dilakukan segera.

“Jumlah kos pemb3dahan dianggarkan RM10,000 dan bakinya sedang diusahakan kami adik beradik.

“Walaupun baju pengantin ini sangat bererti buat saya dan suami, namun demi bapa kami sanggup berk0rban, asalkan bapa sihat semula,” katanya yang melangsungkan perkahwinan pada tahun lalu.

Nora berkata, dia kini mengharapkan bantuan Baitulmal atau hospital untuk menampung lebihan kos pemb3dahan bapanya.

Orang ramai yang ingin membantu Nora boleh menghubunginya di talian 016-5867003.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber Hmetro