Sugu Pavithra bersara? Engg@n lagi ada kaitan dengan YouTube

Selepas menimb0lkan tanda tanya ramai berikutan kesemua video yang dipadam, pasangan Youtuber masakan popular Sugu Pavithra tampil menjelaskan situ@si sebenar.

Menurut lap0ran Sinar Harian, mereka enggan mempunyai kaitan lagi dengan YouTube selain sebarang perkara yang dapat meraih perhatian umum sebaliknya ingin menjadi kehidupan biasa..

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.
“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” kata M Sugu.

Malah ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, lelaki berusia 29 tahun itu berkata dia dan isterinya belum memikirkan perkara tersebut.

Selain itu, Ibu Sugu, G Rajeswari mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kej4dian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.
“Sebagai ibu, semestinya saya berasa b!mbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.

Terdahulu, pasangan tersebut mula menj4di perhatian ramai ketika kerajaan meIaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga meraih 785,000 pengikut di saluran berkenaan.

Sumber : Sinar Harian (Noor Ainon Mohamed)

Via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*