Tak beli kereta, pemuda sanggup habis 25k ubahsuai rumah demi ibu tercinta

Setiap anak-anak yang sudah berkerjaya sudah tentu mahu membahagiakan hati keluarga terutamanya ibu bapa. Walaupun tidaklah dengan kemewahan, namun perkara tersebut sudah tentu amat menggembirakan insan yang telah membesarkan kita.

Oleh itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai MohdAsriDugun telah memuat naik gambar rumah keluarganya sebelum dan selepas diubah suai.

Ubah suai rumah demi keluarga

Menurut pemuda tersebut, impiannya selama ini tercapai apabila berjaya mengubahsuai rumah keluarga demi keselesaan ibunya. Dia langsung tidak kisah mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM25,000 untuk keluarga

Menurut Asri lagi, dia memaklumkan bahawa apa yang dilakukan itu adalah pencapaian terbaiknya pada tahun ini. dia juga senang hati apabila ibu tersayang sudah boleh mengambil wuduk di dalam biliknya sendiri.

Diakhir perkongsian tersebut, pemuda itu juga telah menitipkan doa agar tahun ini dia dapat membeli sebuah kereta  untuk kegunaan diri sendiri pula selepas salah satu tanggungjawab telah dilaksanakan.

Hebat! Dahulukan ibu bapa dari kepentingan sendiri

Sehubungan dengan perkongisian yang sangat menginspirasikan daripada pemuda tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan k0men yang positif kepadanya di Twitter tersebut.

Mereka telah mengucapkan tahniah diatas kejayaan membahagiakan ibu tersayang dan turut mendoakan kehidupan pemuda itu dipermudahkan kerana mendahulukan keluarga dalam segala haI.

Sangat menginspirasikan

 

Tahniah! berbakti kepada ibu bapa ganjaran berlipat ganda

Semoga urusan dipermudahkan dunia akhirat

Sumber: MohdAsriDungun

Via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*