Dah 2 bulan ‘terkur0ng’, ingatkan memang tak boleh balik… mesej di telefon bikin ri0h, lagu Balik Kampung bergema di kolej matrikuIasi – “Terus forward kepada ibu bapa”

DUA bulan ‘terkur0ng’ di asrama dan kolej masing-masing, akhirnya berita yang ditunggu-tunggu pelajar akhirnya kunjung tiba.

Pengumuman Kemnterian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa semua pelajar di sekolah asrama, kolej vokasional dan kolej matrikuIasi dibenarkan untuk pulang ke kampung mulai 9 Oktober ini sememangnya disambut dengan rasa gembira yang bukan kepalang.

Baru-baru ini tular video pelajar di sebuah koleh kediaman menyanyikan lagu Balik Kampung dendangan Allahy4rham Sudirman Arshad beramai-ramai bagi meraikan keputusan tersebut.

Video yang dirakam dan dimuat naik oleh salah seorang pelajar kolej berkenaan sehingga kini meraih 10,700 retweet dan 24,800 like.

Malah netizen turut sama berkongsi kegembiraan dengan memuat naik video sama di asrama masing-masing, menerusi ruangan k0men p0sting berkenaan.

Video yang dimuat naik oleh Adriel menjadi tular di Twitter.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelajar bernama Khairul Adriel Aiman berkata video berkenaan dirakam pada malam Selasa sebaik sahaja mereka dimaklumkan mengenai perkembangan berkenaan menerusi grup WhatsApp.

“Masa tu saya tengah buat assignment, kemudian tiba-tiba terdengar bunyi ri0h rendah dari luar d0rm. Bila keluar, baru tahu pasaI berita tu dan ramai-ramai menyanyi lagu ‘Balik Kampung’.

“Tak lama kemudian baru ada hebahan dalam grup Whatsapp. Sebaik saja dapat maklumat, saya terus forward mesej kepada ibu bapa,” kata pelajar kolej matrikuIasi di Perak ini.

Sebelum ni r!sau juga tak boleh balik sebab kes makin menaik kebelakangan ini. Kalau betul tak boleh balik, pasti lagi sed!h dan terp4ksa habiskan masa lebih lama di kolej.KHAIRUL ADRIEL IMAN
PELAJAR

Menurut remaja yang senang disapa sebagai Adriel, pelajar kolej tersebut dibenarkan pulang bermalam ke kampung masing-masing secara berperingkat bermula Khamis bagi pelajar yang berasal dari luar Perak.

Bagi pelajar dari Perak, mereka dibenarkan pulang bermalam pada Jumaat.

Bercerita lebih lanjut, Adriel yang juga anak sulung daripada empat adik beradik berkata, dia yang berasal dari Gopeng bersyukur kerana akhirnya dapat melepaskan rindu kepada keluarga terutama adik bongsunya.

Adriel (kanan) bersama rakan-rakan sering melakukan aktiviti bersama-sama untuk menghil4ngkan rasa rindu kepada keluarga masing-masing.

“Sebelum ni ris@u juga tak boleh balik sebab k3s makin menaik kebelakangan ini. Kalau betul tak boleh balik, pasti lagi sedih dan terp4ksa habiskan masa lebih lama di kolej.

“Selama dua bulan berada di kolej, tak ada terasa sed!h sangat… mungkin sebab saya dah biasa duduk asrama sebelum ni. Tapi mungkin situ@si ini berlainan bagi pelajar yang berasal dari jauh.

“Macam saya, ibu bapa tak jauh jadi mereka ada juga datang hantar barang dan sempat juga berjumpa walaupun luar pagar. Ada kawan saya dari Kelantan, langsung tak ada peluang… keluarganya hantar barang pun secara dalam talian,” ujarnya.

Adriel merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Bagaimanapun kata Adriel, perasaan sedih terbit sekali sekala apabila tidak dapat menyertai aktiviti keluarga seperti kenduri dan sambutan majlis lain.

Bagi menghilangkan rasa rindu kepada keluarga masing-masing, Adriel berkata mereka sering menghabiskan masa melakukan aktiviti bersama-sama seperti bermain futsal, bermain gitar dan sebagainya.

“Tak sangka langsung video ni viraI sebab post suka-suka untuk kongsi rasa gembira. Cuma kepada pelajar, balik kampung nanti jangan abaikan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber Mstar