Kereta sport bertukar kepada ‘pesawat mini’ kurang tiga minit

IMPIAN orang ramai untuk melihat kereta terbang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sekumpulan juruteknik mentransformasi kereta sp0rt menjadi ‘pesawat mini’ menyerupai DeLorean Doc Brown dalam filem B@ck to the Future.

Kenderaan futurisitik yang dibangunkan Klein Vision, sebuah firma yang berpangkalan di Sl0vakia itu boleh bergerak di atas jalan raya dan bertukar kepada kereta terbang dalam tempoh kurang tiga minit.

Video ujian penerbangan menunjukkan kereta sport dua tempat duduk itu dengan kabin seperti k0kpit berlepas di lapangan terbang Piestany di Slovakia.

Kereta seberat 1,100 kilogram (kg) itu dapat menampung berat tambahan 200kg setiap penerbangan.

Firma tersebut berharap dapat melihat kenderaan itu digunakan untuk aktiviti riadah atau sebagai teksi terbang dalam masa terdekat. – Dailystar

Via mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia