Pasangan 0KU keliling KL jual kebab, tak l0kek kongsi rezeki dengan orang susah

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa tersebut sering kita jadikan sebagai penguat semangat jika  sedang berusaha untuk melakukan sesuatu perkara.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sofizar Usrah yang membantu mempromosikan perniagaan kebab pasangan pek@k dan b!su yang gigih mencari rezeki walaupun bergeIar insan kelainan upaya.

Menerusi muat naik gambar pasangan tersebut bersama nota yang diletakkan di dashb0ard kereta, mereka dilihat menawarkan penghantaran kebab terus ke rumah anda di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bermula jam 4 petang.

Pasangan yang dikenali sabagai Salahudin dan Hidayah itu turut menyertakan nombor telefon mereka bagi memudahkan orang ramai memesan kebab dengan mereka.

Menerusi Facebook Salahudin, perniagaan mereka mendapat sokongan banyak pihak dan berharap agar rezeki yang diterima mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

Dia dan isteri juga sempat menyedekahkan kebab hasil air tangan mereka kepada mereka yang kesusahan sebagai satu cara berkongsi rezeki.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang membina kepada pasangan itu di Facebook sumber.

Mereka mendoakan agar rezeki perniagaan Salahudin dan Hidayah dipermudahkan dan sempat memuji kecekalan pasangan ini yang tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan tidak berusaha mencari rezeki yang halal.

Sumber: Sofizah Usrah, Muhamad Salahudin

Via omm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia