Pelajar IPT Akan Dapat RM 100 Dalam E-Wallet

Setelah banyak perdebatan di kalangan mnteri dan Ahli ParIimen, Belanjawan 2021 akhirnya disetujui hari ini (26 November).

Pindaan dilakukan terhadap peruntukan tertentu yang sebelumnya telah dibentangkan pada sidang  tersebut. Salah satu pindaannya adalah jumlah wang yang diperuntukkan untuk E-wallet pelajar di institusi pendidikan tinggi.

 

Mnteri Kewangan, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa semua penuntut IPTA dan IPTS akan menerima RM 100 dalam e-wallet, termasuklah mereka yang berumur 20 tahun keatas. Lap0r BERNAMA.

Sebelum ini,  kerajaan mengumumkan bahawa untuk menyesuaikan diri dengan teknologi terbaru, mereka akan memberikan RM50 kepada belia berusia antara 18 hingga 20 tahun. Wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun E-wallet mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber LM