WhatsApp Terhenti, Tidak Boleh Digunakan Buat Beberapa Telefon Bermula 2021

Rkyat Malaysia pastinya sudah biasa dengan penggunaan WhatsApp untuk berkomunikasi bersama keluarga dan rakan. Aplikasi ini juga penting buat penggunaan perniagaan atas talian sebagai platform menjual beli kerana ia amat memudahkan. Jika anda merupakan pengguna tegar aplikasi Whatsapp, am4ran khidmat terhenti ini sangat penting kerana ia akan memberi kes@n kepada sesetengah telefon pintar. 

Kemaskini telefon anda kepada iOS 9 atau Android 4.0.3.

Foto: Science Bags

Menurut lap0ran Mirror, aplikasi WhatsApp tidak boleh digunakan untuk beberapa jenis telefon. Pengguna Whatsapp pada telefon pintar seperti iPhone dan Android harus mengemaskini telefon mereka kepada iOS 9 atau Android 4.0.3 jika ingin terus menggunakan khidmat aplikasi itu untuk tahun 2021.

Perkara ini akan memberi kesan kepada iPhone 4 kebawah, dan untuk pengguna iPhone yang belum kemaskini iOS mereka, dinasihatkan supaya kemaskini kepada iOS 9 supaya anda masih dapat menggunakan aplikasi WhatsApp.

Untuk pengguna Android, telefon pintar seperti HTC Desire, LG Optimus Black, Motorola Droid Razr atau Samsung Galaxy S2 tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp pada 2021.

Sekiranya anda mempunyai telefon pintar yang akan terjej@s dan tidak mahu hiIang perbualan lama anda di aplikasi tersebut, dinasihatkan supaya anda membuat ‘back up’ perbualan anda supaya tidak akan hiIang. Jika anda menggunakan telefon pintar yang akan terjej@s ini, nasihat yang terbaik adalah untuk menaik taraf telefon anda untuk kekal menggunakan aplikasi tersebut.

Sumber: Mirror, Livemint.

Via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia.