Air Naik 1 Meter Di LPT, Jalan Ditutup Sila Tangguh Perjalanan

Temerloh: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang dinaiki air kira-kira 1 meter sepanjang kira-kira satu kilometer berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata, semua lorong ditutup kepada semua kenderaan.

“Sehubungan dengan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur mohon tangguhkan perjalanan buat sementara waktu.

“Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan traf!k dan lebuh raya,” katanya.

Sumber : HarianMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia