Pasangan Pengantin, Wali & 2 Orang SAKSl. JAIS Benarkan Nikah Secara Video Call

Bermula 4 Februari ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video. Sehubungan itu, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) akan mula ber0perasi bagi perkhidmatan kaunter secara janji temu untuk urusan tertentu mulai Isnin ini.

900 slot janji temu sudah penuh.

Pengarah JAIS iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata sebanyak 25 urusan janji temu akan ditetapkan setiap hari dan perkhidmatan janji temu itu akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang sahaja.

Buat permulaan, 25 urusan janji temu ditetapkan setiap hari bagi perkhidmatan kaunter yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga jam 1 petang dan setakat ini 900 slot janji temu di semua PAID telah penuh sehingga Jumaat ini.

Slot janji temu yang dibuka ini juga akan ditingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada arahan Majlis Keselamatan Negara, Kemnterian Kesihatan Malaysia dan permintaan pelangga.

Tambah Datuk Mohd Shahzihan lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, pihak JAIS melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video dengan mengutamakan perkara wajib dan rukun nikah bagi memastikan keselamatan semua pihak terpelihara.

Seramai 442 pasangan telah dinikahkan secara sidang video dengan Pendaftar Perkahwinan di PAID menyaksikan lafaz ijab dan qabul oleh wali serta pengantin lelaki yang berada di rumah dengan pengantin perempuan bersama dua s@ksi.

Sumber: JAIS

Via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia.