“Cadangan Kekal Cadangan,..” – Nik Abduh Akui Ramai ‘M4rah Dan Minta Mohon Maaf

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akui pandangannya mengenai cadangan mengibarkan bendera putih mengundang kec4man netizen.

Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu mengetahui ramai yang m4rah dan meminta beliau memohon maaf mengenai kenyataannya sebelum ini.

Bagaimanapun tegas Nik Mohamad Abduh, masing-masing berhak mempunyai pandangan dan cadangan sendiri.

“Ramai m4rah dan minta saya memohon maaf. Pandangan ramai adalah satu pandangan yang diterima ramai.

“Pandangan kedua adalah pilihan saya. Tulisan saya sentiasa t3gar untuk mengajak rakyat Malaysia berfikir secara dalam dan t3liti.

“Ia demi kesejahteraan negara. Seruan saya, l4wan C0vid-19 dengan kes4tuan, doa dan usaha yang bert3rusan. Atau mudahnya, lawan C0vid-19 dengan cara anjur4n agama.

“Cadangan kekal cadangan. Ia bukan menjadi kebenaran hanya kerana viral. Siapa pun berhak men0lak cadangan. Yang dit3gah adalah men0lak kebenaran.

“Viral bukan p4nji kebenaran. Sebahagiannya kebaikan dan bagus sekali. Dan saya sentiasa yakin, sebahagian besarnya adalah h4sutan dan t1pu daya 1blis.

“Ia mend0rong ken1staan, keb3ncian dan perl3cehan terhadap sesama insan. Janganl3h ketika Allah menurunk4n bencana C0vid-19, Allah meng4ngkat akhlak, adab dan susila daripada kita semua,” c0retnya.

Sebelum ini, kenyataan Nik Mohd Abduh yang berpendapat rakyat tidak sepatutnya diajar untuk mengangkat bendera putih, sebaliknya mereka perlu sentiasa berdoa supaya mendapat pertolongan daripada Allah SWT dalam segala hal.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kempen bendera putih yang dicadangkan rakyat untuk membantu mereka yang berdepan masal4h kekur4ngan bekalan makanan sejak pelaksanaan Sek4tan Pergerak4n P3nuh awal Jun lalu.

Terdahulu, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula semalam.

Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terk3san akibat pand3mik terutamanya yang pvtus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera sekaligus mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, kenyataan beberapa individu yang kurang bersetuju dengan kempen berkenaan mengund4ng rasa tidak pu4s hati netizen.

Sumber : Gempak