Shuib pesan ambil vaksin -“H0spital swasta penuh…duit banyak pun tak guna”

IG live yang dilakukan oleh pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin awal pagi tadi sememangnya sangat menyebakkan.

Shuib juga menceritakan kron0logi bagaimana mereka boleh terkena Covid-19 yang dianggap sekadar ‘punca’ untuk berlakunya semua perkara drastik ini.

KronoIogi wab4k menyebakkan hilang insan tersayang

Menurutnya, bermula dengan salaman tangan pembantu rumah ketika bertemu jiran sewaktu membuang sampah telah meng4kibatkan seluruh isi rumah terkena wab4k tersebut dan ditakdirkan Allah, pembantu rumahnya juga ‘tewas’.

Bercerita tentang Sarah, pada petang Jumaat oksigen isterinya mulai menurun dan dikejarkan ke h0spital. Pada awalnya dia yakin yang isteri akan kembali sembuh, namun melihat dari x-ray p4ru-p4ru, doktor memaklumkan 0rgan tersebut telah dipenuhi Covid-19 sehingga menjejaskan organ lain.

Ada yang minta tolong pesan tentang vaksin

Jadi, ketika dia masuk ke dalam h0spital untuk melakukan pengecaman m4yat, ada seorang petugas kesihatan memberi pesanan kepadanya berkenaan dengan vaksin.

Shuib dengan tegas berpesan kepada semua yang menonton IG livenya yang seramai lebih 600 ribu orang itu supaya mengambil vaksin kerana dos tersebut mampu memberi sedikit bantuan perlindungan untuk mengelakan dari wab4k tersebut.

Jaga kesihatan, jangan degil tak patuh SOP

Tambahnya, isterinya mengalami komplikasi yang agak teruk kerana masih belum menerima vaksin.

Pelawak itu juga mengakui bahawa pernah berasa yakin isterinya akan sihat semula, namun doktor memaklumkan perkara berbeza.

Jadi, usahawan minuman jenama terkenal itu memberi pesanan kepada semua agar terus menjaga kesihatan, dapatkan vaksin dan makan vitamin agar tidak menyesal sepertinya dikemudian hari kerana mengabaikan beberapa dari hal itu.

“H0spital swasta semua penuh. Ketika tu duit banyak pun tak guna…isteri saya tak akan kembali.” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Beri pesanan buat yang positif Covid

Ada tiga perkara yang di highlight oleh Shuib dalam live tersebut berkaitan C0vid-19 adalah pastikan menjaga kesihtan, patuhi prosedur 0perasi standard (SOP) dan jika positif Covid-19, wajib mendapatkan 0ximeter 0ksigen bagi memastikan 0ksigen dalam badan tidak menurun.

Kealpaannya dalam mengambil ringan tentang naik turun bacaan 0ksigen Sarah ketika kuarantin dirumah membuatkan dia kehilangan insan istimewa itu buat selamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Walau bagaimanapun, dia tetap redha dengan ketentuan Allah kerana mengetahui isterinya sangat disayang Tuhan. Maka dia diambil terlebih dahulu berbanding orang lain.

Pesanan-pesanan Shuib dilihat begitu jelas dengan menjadikan tr4gedi yang dialaminya sebagai iktibar agar orang lain tidak melakukan kesiIapan yang sebegitu dalam menjaga diri dari penularan Covid-19.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*