Akhirnya Neelofa jawab sendiri khabar angin sedang hamiI

TELAHAN peminat tentang kehamiIan Neelofa hampir tepat apabila selebriti itu meminta orang ramai bersabar sementara menunggu masa yang sesuai untuk dik0ngsikan.

Walaupun tidak memberi apa-apa pengesahan tentang berita baik itu, isteri kepada pendkwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Riz berkenaan mempunyai alasan untuk mengunci mulut.

“Saya rasa soalan tentang (kehamiIan) ini sensitif untuk sesetengah orang, mungkin mereka ada alasan sendiri untuk menjawab atau tidak menjawab soalan itu… bagi saya pula sama ada desas-desus itu betul atau tidak, saya akan tunggu masa sesuai untuk berk0ngsi dengan orang ramai.

“InsyaAllah saya akan k0ngsikan berita baik ini nanti… kita pun nak doa-doa orang ramai, bukan benda buruk nak disorokkan cuma apabila tiba masa yang tepat, pasti saya k0ngsi.

“Kita faham ada segeIintir yang teruja, ia sesuatu yang orang tunggu-tunggu cuma bayangkan jika terjadi pada seorang selebriti yang sedang mencuba (hamiI) tapi tak betul berita itu pasti memberi kesan, jadi saya rasa sepatutnya orang ramai lebih memahami,” katanya.

Neelofa ditemui semasa Program Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berlangsung di Surau Al-Mustaqim, PPR Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.

Turut serta dalam program pengagihan bakul kasih prihatin MAIWP itu ialah suaminya PU Riz atau Haris Ismail.

Sejak Julai lalu, cerita tentang b4by bump Neelofa terus menjadi topik perbualan hang4t netizen di media s0sial.

“Soal j4ntina, tak kisah sebab itu semua rezeki Allah. NEELOFA PENGACARA”

Manakala, pada 24 September lalu, aksi Neelofa mengusap perut semasa menghadiri prosiding k3s peIanggaran prosedur 0perasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan turut mencvri tumpuan orang ramai.

Dalam pada itu, bekas pengacara program MeIeTOP mengakui suami dan keluarganya turut teruja menanti kehadiran anak pertama mereka.

Malah, dia juga tidak pernah meletakkan sebarang sasaran jantina untuk b4yi sulungnya itu.

“Soal jantina, tak kisah sebab itu semua rezeki Allah. Bukan kami sahaja, saya rasa suami orang lain pun mesti excited dan keluarga mereka pun tak sabar menunggu berita kehamiIan.

“Sejujurnya saya dan suami tak pernah tertekan atau berbincang terlalu serius tentang anak sebab kami pun baru kahwin, masih lagi dalam pr0ses mengenali,” ujarnya.

Neelofa dan Haris, 26, mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber : Mstar

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*