10 tahun hidup bersama, Yasmin Hani & suami sah bercer4i

Selepas 10 tahun menjalani b4htera rumah tangga, pelakon dan pengacara Yasmin Hani dilap0rkan sudah bercer4i dengan suaminya Sha’arin Mohamed Razali baru-baru ini.

Menerusi laporan mStar Online, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Sha’arin yang juga bekas pemain dram kumpulan rock popular awal tahun 90-an Black Rose.

Petang tadi, Yasmin yang berusia 42 tahun memuat naik sebuah posting di laman Instagram memaklumkan dia dan Sha’arin mengambil keputusan bagi membawa haluan masing-masing.

“Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua agree yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja,” tulisnya.

Menurut pelakon drama Marry Me Senorita itu, dia dan bek4s suami bersetuju untuk membesarkan anak-anak selain memohon diberi ruang atas keputusan yang dibuat.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan t0leransi.
“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sha’arin Razali Wong (@shaarin)

Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 2011 dan dikurniakan  dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee) , Instagram Yasmin Hani & Sha’arin Razali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*