Guru tuisyen sempat bawa keluarga cipta kenangan ter4khir di rumah pus4ka sehari sebelum h4nyut dibawa air, 35 kucing turut terk0rban

MESKIPUN tahun baharu 2022 sudah membuka tirai, namun peristiwa yang berlaku pada tanggal 18 Disember 2021 tidak akan luput dalam ingatan lelaki ini dan keluarganya.

Pada tarikh itulah, trag3di bah besar melanda ketika dia dan keluarga pulang untuk bercuti di kampung halaman isterinya, di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Trag3di yang berlaku hampir dua minggu lalu itu ny4ris sahaja mer4gut ny4wa mereka, selain turut mengh4nyutkan hampir separuh daripada rumah pus4ka arw4h ibu mentuanya yang dibina pada tahun 1960-an.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Suhaizam Che Endut ini berkata, ketika kejadian, dia baru dua hari tiba di kampung dari Kedah untuk berkumpul bersama adik beradik.

“Saya, isteri, Norhayati Hasim dan dua anak tiba di kampung pada 16 Disember. Di Kedah cuaca okay sahaja, tapi semasa dalam perjalanan, dah mulai hujan. Keesokannya hujan masih berterusan dan kami bersama ahli keluarga yang lain sempat buat makan-makan, barbeku pada sebelah malam.

“Pada 18 Disember, cuaca pada sebelah siang elok sahaja namun hujan mulai turun pada petang dan berterusan hingga malam. Lebih kurang pukul 8 malam, air dah naik di jalan depan.

“Dalam pukul 10 lebih, air mulai masuk rumah. Rumah pus4ka ni tinggi, ada tiang. Air memang tak pernah masuk rumah tapi kali ini air masuk. Memang p4nik ditambah pula masa tu dah black out.

“Di atas lantai rumah kayu ni dah s3paras pinggang, bayangk4n paras air kalau di luar… memang tenggel4m dah orang rasanya,” katanya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Dalam situasi serba gelap gelita ditambah pula dengan paras air yang semakin tinggi, Mohd Suhaizam, 33, berkata mereka terpaksa bertind4k pant4s untuk menyelamatk4n ny4wa terlebih dahulu.

pusaka 1

Keluarga Mohd Suhaizam sempat mengadakan aktiviti makan-makan dan barbeku sehari sebelum kejadian.

“Masa air paras lutut, saya sebagai satu-satunya lelaki dewasa di rumah ketika itu cuba cari jalan nak selamatkan isteri, anak-anak, kakak ipar dan anak-anak buah.

“Saya p3cahkan dinding untuk t3mbusi kawasan parkir yang masih dalam pembinaan. Kakak ipar memang bina kawasan parkir tu t1nggi sikit. Dari parkir, kami ke rumah kakak ipar yang terletak bersebelah4n… juga masih dalam pembinaan.

“Kami meniti kayu-kayu yang dijadikan titi dari parkir ke rumah kakak ipar. Di situlah kami menyelamatk4n diri… sekurang-kurangnya ia binaan konkrit, jadi kukuh sikit daripada rumah pus4ka yang diperbuat daripada kayu,” ujarnya yang merupakan seorang guru tuisyen online.

pusaka 2Air banjir mula menc3cah paras lutut.

Selepas memastikan kesemua ahli keluarganya sudah berada di tempat yang sedikit selamat, Mohd Suhaizam kembali semula ke rumah pusaka tersebut untuk cuba menyelamatkan beberapa barangan penting.

“Saya dengan anak buah cuba alihkan peti ais dan mesin basuh. Tapi masa tu air makin der4s dan hent4m dinding rumah. Cepat-cepat saya selamatkan laptop, komputer, kucing dan letakkan di atas bumbung. Memang tak sempat rehat… kami cuba selamatkan apa yang boleh.

“Masa tu depan mata saya, dinding dan set sofa hanyut dibawa air. Keesokan pagi, separuh rumah pus4ka arw4h mak mentua ‘hil4ng’ dibawa air banjir.

“Barang-barang dan kucing yang saya letak atas bumbung pada malam sebelumnya termasuk kucing-kucing h4nyut sekali. Daripada 50 ekor, hanya 15 yang masih selamat. Memang kami semua sedih sangat tengok keadaan rumah arw4h mak mentua pagi tu. Berubah sekelip mata.

pusaka 3Mohd Suhaizam dan ahli keluarganya berlindung di rumah kakak iparnya yang masih dalam pembinaan.

“Rumah itulah tempat untuk berehat daripada kerja setiap kali pulang ke kampung halaman isteri. Ogos lalu mak mentua meningg4l dunia, kini rumah pus4ka pula dah ‘tiada’.

“Namun kami bersyukur kerana dapat menghidupkan kenangan di rumah pus4ka itu pada malam sebelumnya. Meskipun rumah pus4ka dah tiada, kenangan selama ini tetap tersemat dalam hati,” katanya lagi.

Sehingga kini, video insiden berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook meraih hampir 25,000 shares.

Sumber:mstar