“Rezeki jaga anak2 yatim..” – Abang Viva terima hadiah ‘superbike’ pula

Sejak bersetuju bagi menerima ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) daripada seorang usahawan, wira b4njir Azwan Omar dilihat menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi pula.

Berdasarkan dua keping foto di Facebook Icity Motoworld Sdn Bhd semalam, Azwan atau popular dipanggil Abang Viva dilihat bergambar bersama motosikal Yamaha XJ6 Diversion itu.

“Terima kasih kepada Abang Viva, buat baik dibalas baik”

Memetik artikel daripada Moto Malaya, pihak Icity Motoworld memaklumkan bahawa motosikal itu dipercayai telah disumbangkan oleh seseorang yang belum diketahui identitinya.

Bagaimanapun, kesahihan berhubung perkara murni itu masih belum dapat dipastikan lagi. Malah, lelaki berusia 30 tahun itu juga tidak berkongsi mengenai ‘hadiah’ tersebut di akaun Facebook miliknya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan tumpang gembira dengan rezeki lelaki berasal dari Melaka itu atas jasa disumbangk4n kepada mangs4-mangs4 banjir sebelum ini.

Rezeki tanpa diduga

Murah rezeki siapa yang memberi

Terbaik! Alhamdulillah

Rezeki jaga anak y4tim

Terdahulu, Azwan mencipta fenomena di media sosial selepas tular kisahnya meletakkan bot di atas kereta Viva dan meredah beberapa kawasan banjir di Selangor bagi menyelamatkan ny4wa m4ngsa.

Selepas menjadi perhatian ramai, satu persatu kisah kebaikannya ‘dib0ngkar’ seperti pernah menjaga dua anak kakaknya yang telah m3ninggal dunia meskipun dia sendiri belum berkahwin.

Sumber: Facebook Icity Motoworld Sdn Bhd , Moto Malaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*