Video pemuda minta tolong orang awam ajar pakai tie buat ramai terharu

Rakyat Malaysia sememangnya baik-baik. Tak kira agama, bangsa atau keturunan, semuanya hidup harmoni dalam satu negara.

Walaupun tak semua bersikap ramah, namun kebanyakkannya hidup dalam sebuah keluarga yang harmonis walaupun ada cubaan dari tangan-tangan tidak bertanggungjawab yang sengaja mel4ga-lagakan keharmonian kita.

Social experiment yang bermutu

Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian seorang YouTuber berbangsa Cina apabila membuat social experiment dengan meminta bantuan orang awam yang tidak dikenali memakai tali leher kerana mahu menghadiri temuduga kerja.

Menerusi muat naiknya di aplikasi TikTok @royroy1228, dia telah berkongsi satu video seorang lelaki yang disapa sebagai ‘uncle’ sedang membantunya memakai tali leher.

Semua nak bantu pakaikan tie

lebih membuatkan ramai s3bak adalah tindak4n lelaki tersebut yang sempat menitipkan pesan dan memberikan kata-kata semangat sebelum menghadiri temuduga.

Tak hanya itu, menerusi video penuh di saluran YouTubenya, beberapa lagi individu yang ditemui turut sama membantunya memakai tali leher sambil memberikan sedikit pesanan supaya anak muda itu berjaya.

Ramai yang terharu sama

Walau pun situasi tersebut sekadar konten, namun ramai mengakui ters3ntuh dan terharu dengan keramahan rakyat Malaysia yang sentiasa sudi membantu orang lain.

Sikap sebegini membuatkan kita berasa begitu seronok apabila semua bangsa sebenarnya hidup dalam keadaan baik-baik sahaja seperti keluarga tanpa sebarang permusuh4n. Bangga jadi rakyat Malaysia!

Bangga jadi bangsa Malaysia

Kita nak tengok konten macam ni

Suka tengok bangsa Malaysia macam ni

Masa sikat rambut tu menangis

Kita semua satu keluarga

Sumber: TikTok @royroy1228, YouTube Leeroy Wong

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*