“Dia G4tal Sebenarnya, Zul Ariffin Boleh Men0lak, Tetapi Dia Memilih ‘Sedap”- Awie

MELAKA: “Benda boleh menolak, tetapi dia (Zul Ariffin) memilih ‘sedap’. Pada saya dia menconteng arang pada industri yang berkonsepkan Islam”.

Demikian respons pelakon dan penyanyi rock tanah air, Datuk Awie apabila ditanya mengenai isv sens4si pelakon filem Sangkar itu, yang memuat naik klip video babak sensval di laman soslal baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan Zul Ariffin itu disifatkan sebagai menc0nteng arang pada industri hiburan tanah air dengan memaparkan aksl-aksl rnj4ng yang sama sekali tidak sesuai dengan norma negara ini.

“Itu dia gtal sebenarnya, benda boleh ditolak tetapi dia memilih sedap, dia terimalah benda itu kan (kritlkan dan tindakan undang-undang).

“Bagi saya, dia telah menc0nteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam, pada pandangan saya dari sudut Islamik tidak eloklah kerana kita nampak ia sebagai satu aksl rnj4ng,” katanya pada sidang akhbar Raikan Cinta Ramadan Wings di Hotel Lacrista, Banda Hilir di sini hari ini.

Terdahulu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 itu memuat naik klip tersebut yang dikatakan merupakan teaser drama bersiri Perempuan Itu, lakonan bersama pelakon, Siti Hariesa.

Klip tersebut bagaimanapun menerima kec4man ramai apabila memaparkan aksl-aksl sensual Zul Ariffin menanggalkan baju dan mendvkung pelakon wanita berkenaan.

Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut membuat kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya mengenai tindakan mengikut Sksyn 233 Akt4 Komunikasi dan Multimedia yang akan diambil terhadap pelakon itu.

Beliau juga memaklumkan bahawa adegan lakonan seperti yang dikongsi pelakon berkenaan tidak akan dibenar ditayangkan sama ada bulan Ramadan atau bulan lain.

Mengulas lanjut, Awie berkata, babak lakonan dengan elemen sedemikian juga merupakan pilihan yang dibuat oleh pelakon dan pengarah itu sendiri.

“Antara mereka mahu memasukkan unsur-unsur Islamik atau tidak dalam lakonan, kalau tidak mereka nak go (jadi) profesional, hkumannya tiada, dia akan all out.

“Kalau dia masukkan sudut Islamik ini, maka ada hukum-hukum yang mereka perlu, kalau boleh pengarah-pengarah khususnya mainkan peranan seeloknya untuk adakan metafora yang sesuai,” tegas vokalis Wings itu.

Zul Ariffin bakal dislasat

Pelakon popular, Zul Ariffin akan dislasat di bawah Sksyn 233, Akt4 Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berikutan perkongsian video babak panas yang tvlar membabitkan dia dengan pelakon baru, Siti Hariesa, baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter, pagi, hari ini.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah Sksyn 233 Akt4 KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana ‘posting’ Instagram yang meny4lahi undng undng,” tulisnya di Twitter.

Dalam hantaran yang sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Semalam, Zul tampil membuat permohonan maaf di Instagram Story.

Zul yang juga pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 menerusi filem Sangkar itu berkata, selepas ini dia akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media soslal.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menentang keras isu penularan video berkenaan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, berdasarkan penelitian, pihaknya membantah penyiaran program seumpama itu yang jelas mempamerkan perbuatan dil4rang Islam dengan aksl dan adegan tidak berm0ral mel4mpaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukvm syarak.

Menurutnya, drama seumpama itu tidak wajar disiarkan apatah lagi ketika Ramadan.

“Jakim menggesa semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan pelakon lebih cakna dan mengelakkan isv seumpama ini kerana ia menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat khususnya golongan remaja dengan budaya dan norma yang bersalahan dengan ajran Islam dan amalan murni masyarakat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Zul mencetvskan kontr0versi apabila memuat naik video di Instagram memaparkan beberapa babak pnas bersama Siti Hariesa dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu, baru-baru ini.

Sumber: metro dan utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*