“Kakak tak fokus” Terpksa Bawa Adik Ke Sekolah, Guru Slmpati Siap Tol0ng Mengasuh Sementara

Menjadi seorang anak sulung bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika dia merupakan seorang perempuan. Pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul apatah lagi jika mempunyai adik.

Tiada siapa lagi yang ibu dan bapa boleh harapkan selain anak sulungnya. Pun begitu, jika anak perempuannya masih di bangku sekolah, pastinya ia sedikit sebanyak menjadi beban kerana bukan satu perkara yang mudah untuk menjaga adik yang masih kecil semasa kita masih bergelar seorang pelajar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar perempuan terpaksa meminta izin gurunya untuk membawa adik ke sekolah mencurl perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang guru di laman TikTok @shukranaalmasyhur, kelihatan dia sedang memegang seorang anak kecil di dalam kelas.

Jika tidak membaca kapsyen, sudah pasti ramai yang ingat bayl itu merupakan anak guru tersebut namun siapa sangka rupa-rupanya ianya adalah adik kepada salah seorang pelajar yang berada di dalam kelas tersebut.

“Pelajar minta izin bawak adik sbb takde yg jaga kat umah. Lepas tu dlm kelas kakak tak dpt fokus..Last2 cikgu amik mengasuh sambil mengajar..Senyap dan behave je baby ni..Doakan pelajar saya cemerlang SPM” kata guru tersebut.

“Tujuan saya buat video nak tunjuk pengorbanan seorang kakak untuk hadapi

SPM. Berkat doa2 kita semua, kita dpt hadiahkan kejayaan buat kakaknya.”

“Sebagai cikgu ni, kita kene bertoleransi.. Kadang2 pelbagai cubaan yg pelajar kita alami sampai tak terjangkau dek akal kita…” tulisnya lagi.

Berikut merupakan video yang tvlar di laman TikT0k:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meriah 621.9K tontonan, 78.5K tanda suka, 1738 komen dan 622 perkongsian di appliasi TikT0k.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netlzen memuji sikap guru tersebut yang sangat memahami keadaan pelajar tersebut dan membantu untuk menjaga anak kecil itu demi melihat pelajarnya fokus belejar.

Dalam masa yang sama, para netlzen juga mendoakan agar guru tersebut dipermudahkan segala urusan sekaligus berharap agar semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

Berikut merupakan komen warga maya:

Sumber:yoynetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*