Puteri Sarah dapat petunjuk

KETIKA berdepan kemeIut rumah tangga yang berpanjangan, pelakon Puteri Sarah bersyukur apabila dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah sekali gus menyambut Hari Raya Aidilfitri di Tanah Suci Makkah.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, kesempatan kali ini akan digunakan dalam memohon diberikan jalan keluar dari segala masalah yang sedang dilaluinya.

Saya dah lama kumpul duit dan ranc4ng mahu ke umrah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana lagi.

Puteri Sarah mahu tunai umrah dalam keadaan tenang.

Kali ini saya mahu berdoa supaya diberi jalan keluar dari segala masalah dan petunjuk untuk penyelesaian,katanya ketika dihubungi Mstar.

Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun PUTERI SARAH PELAKON.

Kisah rumah tangga Sarah dan suami iaitu Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia mendedahkan rumah tangganya dig4nggu orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Selama empat tahun memend4m rasa, kata Sarah dia kini lebih tenang selepas membuat luahan tersebut.

Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun.

Saya mahu ke umrah dengan tenang dan memberi tumpuan kepada ibadah. Saya juga berharap dapat dikelilingi orang orang yang positif,ujarnya.

Sarah dan Syamsul bersama dua anak mereka.

Sarah akan berada di Tanah Suci selama 16 hari bersama keluarga sebelum menyambung percutian ke Istanbul, Turki.

Sumber: mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*