Ditemui di tapak pelupvsan s4mpah

TATKALA rakan sebayanya menikmati hidup dengan penuh keseronokan, seorang kanak-kanak terbiar sepi di sebuah pusat pelvpusan smpah.

Menurut aktivis kemasyarakatan, Muhammad Khadir Abd Jalil, 26, kanak-kanak perempuan itu ditemui ketika pasukannya menyantuni golongan mlskin yang tinggal di kawasan Batu 8, Sandakan di Sabah, pada Ahad lalu.

“Kami pergi ke pusat pelvpusan smpah di Batu 8 untuk memberikan bantuan pakaian raya dan makanan. Di kawasan itu memang ada rumah. Ini juga bukanlah kunjungan pertama. Biasanya kami ke sana setiap minggu pada Jumaat atau Ahad untuk bagi makanan.

“Tapi pada hari tersebut, pertama kali kami jumpa kanak-kanak berkenaan. Usianya mungkin dalam lingkungan lima tahun. Kami tanya mana bapa, mana mama? Dia kata tiada… Dia menangls di tepi kereta, sedih teres4k-es4k nangls tanpa suara, dia mengelap air mata.

“Dia kata dia tak dapat bntuan. Budak-budak lain semua sibuk bermain bola, hanya dia seorang saja berdiri di situ, jauh dari kawan-kawannya.

Bayangkan tubuh sekecil ini biasanya hanya tahu bermain, tapi dia tidak. Dia berada di tempat yang dikelilingi sampah, ikut mencari duit dan sudah tahu apa itu perkataan bntuan,” imbasnya.

Wan turut menyediakan khidmat kereta percuma ke h0spital di Sandakan.

Lebih mesra disapa Wan, dia akui terkesima dengan tahap pemikiran kanak-kanak itu yang bercakap seperti orang dewasa ketika ditemui pasukannya.

Namun kata Wan, mereka tidak sempat bertanya lanjut mengenai identiti kanak-kanak berkenaan kerana kesuntukan masa dalam misi bantuan tersebut.

“Kami dah selalu jumpa kanak-kanak dalam program sebelum ini, tapi ini pertama kali jumpa kanak-kanak yang ada pemahaman macam orang dewasa. Dia boleh berfikir mengenai bntuan.

“Kebetulan hari tu kami bawa baju raya untuk orang dewasa saja. Insya-Allah Jumaat depan kami akan ke sana lagi, kami akan bawa baju raya untuk adik tu dan kanak-kanak lain.

“Insya-Allah kami memang nak pergi cari dia lagi, hari tu masa tak mencukupi untuk bertanya lanjut,” ujar Wan yang turut menyediakan khidmat kereta percuma untuk menghantar orang sakit ke h0spital di sekitar Sandakan.

Tambah Wan, beberapa individu turut menghubunginya untuk menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak berkenaan selepas perkongsian kisah tersebut di laman Facebook.

Wan akan ke sana pada Jumaat depan untuk memberikan bantuan baju raya buat kanak-kanak itu.

“Saya sebenarnya tak nak kongsi kisah ini. Tapi saya jadi teringat kepada adik tu selepas tengok budak-budak bermain di masjid selepas habis tarawih.

“Bila saya kongsikan di Facebook, Alhamdulillah ada beberapa individu dah hubungi, mereka nak bagi baju raya kepada adik tu,” ujar Wan lagi.

Selain khidmat kereta percuma ke h0spital, Wan dan pasukannya turut menyediakan khidmat bot percuma bagi menghantar kanak-kanak ke sekolah di daerah tersebut.

Wan dan pasukannya bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan di Sandakan.

Pada masa sama, pasukannya turut menawarkan kelas mengaji al-Quran secara percuma buat kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan di sekitar Sandakan.

Pada 10 malam terakhir Ramadan, pasukan kebajikan Wan akan melakukan program Singgah Sahur untuk menyalurkan makanan percuma buat penduduk setinggan.

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*