Ramai Terkejvt Tengok ‘Kembar’ Arwh Siti Sarah. Gadis Ini Jadi Tumpuan Gara-Gara Wajah Seiras

SEORANGgadis mencurl tumpuan ramai apabila video dia menyanyikan lagu popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan menjadi tular.

Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tular kerana wajahnya dikatakan mirip dengan penyanyi berkenaan.

Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat komen segelintir netlzen yang membandingkan suaranya dengan arwh Siti Sarah.

“Muka ada iras tapi suara tak.

“Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain,” demikian antara komen netlzen.

Gadis berkenaan, Nurul Amera Sulaiman mengakui dia amat terkejt apabila wajahnya dikatakan iras dengan arwh Siti Sarah.

Jelasnya, video yang tular dirakamkan ketika dia menyanyikan beberapa lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong, Selangor pada akhir Mac lalu.

“Saya merupakan salah seorang bridesmaid (pengiring) pengantin, jadi pada hari tu saya berada sehingga selesai majlis. Masa tu nak dekat Jam 4 petang dan ramai tetamu dah balik.

“Jadi, saya luangkan masa untuk menyanyikan beberapa lagu termasuk Kesetiaan yang dipopularkan oleh arwh Siti Sarah,” kata gadis berusia 21 tahun itu kepada mStar.

Amera yang lebih mesra disapa Meyy bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Allahyrham Siti Sarah seperti yang diperkatakan netlzen.

“Rakaman tu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti arwh.

“Jadi, sekali pandang mungkin saya nampak macam arwh. Sebenarnya tak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan arwh,” ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Raudhah College di Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak seiras tetapi persamaan yang diperkatakan itu dianggap sebagai penghargaan.

“Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan arwh sudah tentu saya terharu. Arwah Siti Sarah merupakan seorang penyanyi yang begitu disegani.

“Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya suka dengan keperibadian arwh yang merendah diri,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika.

Menjadikan karya Allahyarham Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika berkaraoke, Amera akur personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi itu.

Dalam pada itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan Allahyrham Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati.

“Sudah tentu tak sama, orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara saya macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

“Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti arwah Siti Sarah. Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara tersendiri.

“Cuma satu yang saya mahu seperti arwh Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu berkeyakinan dan memvkau,” katanya.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*