“Memang ramai perlukan..” Suami isteri guna dult KWSP beli Kancil Anak tldak perlu berpnas lagi , Reaksl anak gembira und4ng seb4kk

Pengumuman pengeluaran khas simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah semestinya disambut baik oleh rakyat, sekali gus dapat menarik nafas lega dalam mengharungi kemelvt kehidupan sepanjang pandemik.

Segelintir individu menggunakan wang tersebut untuk persiapan Aidilfitri, malah terdapat juga ibu bapa mengambil peluang membahagiakan anak-anak setelah melalui pelbagai cabaran bagi membesarkan mereka.

Bagi seorang pengguna aplikasi TlkTok @hello _eyka, dia bersyukur akhirnya mampu memiliki sebuah kereta untuk kemudahan seisi keluarga apatah lagi mempunyai dua anak perempuan yang masih kecil.

Dapat KWSP terus beli kereta. Menurut wanita itu, dia menyifatkan kenderaan pertama tersebut adalah rezeki buat anak-anaknya selepas hanya menggunakan motosikal lama dalam menjalani rutin harian sebelum ini.

Walaupun hanya kereta Kancil, itu sudah cukup bermakna bagi dia sekeluarga selain anak sulung juga tersenyum gembira apabila pergi ke sekolah dengan menaiki kereta baharu dipandu suaminya.

“Hari ni bermulalah hantar anak ke sekolah naik kereta. Tengok muka anak sulung tu gembira je,” katanya.

Kisah berkenaan dikongsi @hello _eyka menerusi muat naik dua rakaman video sehingga meraih 350,000 tontonan serta ribuan komen warganet yang turut tumpang gembira dengan rezeki keluarga itu.

Rata-rata meluahkan kesyukuran dan memuji tindakan wanita itu dan suaminya yang memanfaatkan keperluan sebenar serta berkongsi pengalaman susah masing-masing.

Memang ramai perlukan duit KWSP

Syuku rezeki anak2

Kereta kancil permulaan hidup saya juga

Kancil jimat minyak dan ruang

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*