Syakilla mahu bersatu demi anak, Tapi Fizi akui sedang mengenali seseorang..

Kuala Lumpur: Penyampai radio Suria FM Fizi Ali mengambil pendekatan untuk fokus kepada perancangan masa hadapan dan memilih untuk tidak memandang ke belakang lagi berkaitan sebarang keputusan dalam hidupnya.

Fizi menjelaskan sebagai manusia, dia tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku namun tidak mahu berada pada titik dan situasi sedlh lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Malah, Fizi juga tidak men0lak sedang mengenali hati budi seseorang dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

“Berkenaan isu kembali bersama dan sebagainya, saya memilih untuk lebih fokus kepada perancangan masa depan berbanding memandang ke belakang lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu menoleh kisah lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Apa pun, sebagai manusia kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku. Cuma itu adalah jawapan saya berhubung perkara itu (isu rujuk).

“Saya memang sedang mengenali seseorang dan jika ada jodoh dengan individu itu, saya berdoa yang terbaik. Ini kerana, kami tidak pernah ‘declare’ ke arah yang lebih serius, dalam fasa berkenalan dan bersembang-sembang.

“Dia hanyalah orang biasa saja bukanlah daripada industri dan sebagainya. Cuma, identitinya biarlah rahsia buat masa ini,” katanya ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Suria FM yang bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Terdahulu, bekas isteri Fizi, Shakilla mengeluarkan kenyataan mengenai perbincangannya untuk kembali bersama demi anak mereka yang masih kecil.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 sebelum mengumumkan percer4ian pada Disember lalu. Mereka mempunyai seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

“Secara jujurnya, selepas bercer4i memang ramai yang menghantar mesej menerusi Instagram. Antaranya yang muda, tunang orang dan isteri orang pun ada. Malah, dari kaum lelaki sendiri pun ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Mereka menghantar mesej secara peribadi untuk memberikan kata-kata semangat dan turut menawarkan diri untuk menjadi tempat saya meluahkan perasaan,” tambah Fizi lagi.

Harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*