Reda Jari Tak Sempurna Seperti Orang Lain, Wanita Ini Bersyukur Suami Terima Seadanya

Tidak semua orang sempurna di dunia ini. Masing-masing mempunyai kekurangan dari segi fizikal mahupun ment4l. Tetapi jangan disebabkan kita mempunyai kekurangan ianya menjadi punca untuk kita sedih atau tidak mahu meneruskan hidup.

Al4mi masalah jari sejak kecil lagi.

Video yang telah tular di media soslal itu telah dikongsi oleh seorang wanita, Fatin Najwa di akaun TikToknya. Menerusi video tersebut, Ateyn mempunyai masalah keadaan jari yang berbeza daripada orang lain dan dia telah mengal4mi masalah tersebut sejak kecil lagi serta berpanjangan sehingga dewasa.

Menurutnya lagi, penyakltnya itu tumbuh juga di sekitar kawasan mata, lutut serta di belakangnya. Akibat daripada itu, dia berasa sukar untuk mengemas rumah atau membersihkan lauk-lauk yang basah seperti ayam atau ikan. Walaupun, sakit pedih ketika memasak namun dia masih lagi meneruskan kerjanya itu tanpa mengelvh.

Tak boleh sembuh sebab keturunan.

Penyakit yang dihadapi oleh wanita berkenaan sebenarnya sukar untuk sembuh dan ianya juga dialami oleh ahli keluarga yang lain. Walaupun, dia telah mencuba pelbagai kaedah rawatan seperti kaedah tradisional ataupun moden masih tiada hasil untuk dirinya sembuh.

Katanya juga, andai suatu hari nanti dia jumpa penawar untuk penyakitnya itu, dia berasa sangat syukur. Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana suaminya masih menerima seadanya.

‘Syukur lah dapat suami yang terima kekurangan’

 

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*