Azri Iskandar Dah Jumpa Pengganti

Baru seminggu bercer4l tal4k satu dengan aktres Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar dikatakan sudah menemui pengganti baharu dalam hidupnya.

Spekulasi timbul apabila aktor berusia 54 tahun itu memuat naik sekeping foto bersama seorang gadis muda di laman Facebook story miliknya.

Memetik laporan Getaran, Azri bagaimanapun menafikan d4kwaan tersebut dan menegaskan bahawa gadis itu adalah rakan pelakon yang digandingkan sebagai watak anak dalam telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.

Gadis di dalam gambar itu bukanlah kekasih saya. Tapi, dia adalah pelakon baharu yang menjadi anak saya dalam telefilem bertajuk ‘Suri Rumah Terfeeling’.

“Nama dia Nur Atiqah dan dia jadi anak saya di dalam drama ini. Kami ambil gambar ini untuk dijadikan prop di dalam telefilem ini.

 

“Tolonglah jangan ada yang menganggap bukan-bukan. Kesian dia. Umur dia masih muda, hampir sebaya dengan anak saya.  Nanti tidak pasal-pasal pula dia jadi mngsa t0hmahan,” katanya.

Sementara itu, Azri juga berharap netlzen tidak mengec4m bekas isterinya selepas wanita itu berkali-kali meminta untuk berpisah sebelum ini.

“Tolonglah, jangan kec4m dia. Dia tidak salah. Sudah memang takdir kami tidak lagi seh4luan dan terpksa membawa hala tuju hidup sendiri.

“Ellie banyak berjasa dengan saya dan saya tidak akan lupakan segala jasa-jasanya itu. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

“Sebagai sahabat, saya tetap akan membantu dia di kala susah dan senangnya. Tidak kiralah sama ada bntuan itu dari sudut wang atau tenaga,” ujarnya.

Kemungkinan rujuk, Ellie Suriaty serah pada Allah

Kuala Lumpur: “Allah saja tahu”.

Demikian kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar, 52, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, 54, yang tidak men0lak sekiranya mereka rujuk semula.

Ellie berkata, sebagai hamba Allah dia tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya faham apa dia luahkan itu sebab kami sudah bersama dalam tempoh lama. Kadang-kadang perpisahan perlu untuk perbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ellie, dia mengambil peluang sepanjang tempoh edah ini untuk merehatkan diri, fikiran dan bermuhasabah.

“Esok genap seminggu perpisahan kami. Diakui pada awalnya susah sikit mungkin sebab usia perkahwinan kami yang lama hingga 19 tahun. Tapi, ini masa untuk saya rehatkan diri, fikiran dan muhasabah diri. Begitu juga dengan dia. Harapnya kami boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang.

“Ini sebab kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya tak nak riak, tapi bersederhana saja. Apa yang Allah berikan ini saya perlu lalui sebagai perjalanan untuk pengalaman,” katanya.

Ditanya sejauh mana kesudiannya bekerjasama dengan bekas suaminya, Ellie bersikap terbuka.

“Saya boleh bekerjasama dengan dia. Sama ada dalam lakonan atau saya arahkan dia. Ia bukan isu sebab saya kagum dengan bakat dia. Bagi saya dia sangat berbeza dengan pelakon lain dan anggap dia pelakon ‘mahal’ berdasarkan bakat dimiliki.

“Kehadiran dia di skrin sangat hebat. Dalam industri keratif, kita hargai bakat orang lain. Jadi, soal nak bekerjasama selepas ini saya okay dan tidak ada isv kerja dengan dia,” katanya.

Terdahulu, Ellie dan Azri disahkan bercer4i t4lak satu di Mhkmah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 17 Mei lalu.

Hasil perkahwinan selama 19 tahun, pasangan itu dikurniakan dua anak, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengal4mi keguguran.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan terdahulu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, Nur Anis Mastura, 27.

Sumber: Getaran Dan OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*