‘Saya Hanya Dibayar RM275. Mmg Tak Cukup Nk Sara Hidup. – Sabri Yunus

” Berbekal wang RM275. Itulah sahajalah wang yang saya ada ketika itu. Yang cukup-cukup untuk saya gunakan sehingga cukup bulan,”

Itu luahan pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus yang berkongsi kisah hidup dan perjalanan seni yang cukup mahal untuk dijadikan teladan kepada semua.

Setelah lebih tiga dekad menabur bakti, nama Mohd Sabri Yunus masih utuh terukir di kanvas seni. Terlalu banyak jasa figura ini kepada industri.

Anak kelahiran Pangkalan Chepa, Kelantan ini membuktikan, bakat dan kebolehan anugerah Tuhan itulah yang membuat dirinya kekal bertahan.

Pelakon bertaraf legenda ini menceritakan, penghijrahan ke ibu kota sekitar tahun 1982 selepas ditawarkan menjadi pelukis untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi titik tolak.

Dibayar RM275, adakalanya terp4ksa pinjam meminjam

Menurut Sabri,beliau tidak dibesarkan dalam keluarga senang. Oleh kerana itu, dia tidak pernah merasa dirinya susah kerana sudah terbiasa dengan kehidupan serba kekurangan sejak kecil lagi.

” Saya ini orangnya sentiasa enjoy dalam hidup. Saya tak tahu hidup susah itu macam mana. Sebab sejak kecil lagi memang keluarga kami sudah susah.

” Jadi ketika bekerja dengan DBP, saya hanya dibayar RM275. Memang tidak mencukupi untuk menyara kehidupan. Adakalanya terpksa pinjam meminjam,” ceritanya lagi.

Bakat seni lakon sebenarnya sudah tertanam di dalam dirinya sejak di bangku sekolah lagi.

Ketika menuntut di tingkatan enam, Sabri sudah menunjukkan minat ke arah bidang seni apabila menggalas tugas pengarahan bagi teater Mayat Dari Dewan Sastera yang dipentaskan sempena sambutan ulang tahun sekolahnya.

Kini, Sabri Yunus menjadi nama yang cukup disegani. Beliau berdiri sebagai seorang pelawak, pelakon, pengarah dan pengacara, penulis skrip yang pernah terlibat dengan lebih daripada 20 filem, 12 telefilem, 14 drama dan banyak lagi.

Tapi, ayah tiga orang anak ini tetap merendah diri. Mengikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

Kata Sabri, ilmu adalah segalanya. Dia tidak pernah berhenti menimba. Itulah tanggungjawab pelakon yang ramai tidak orang ketahui.

” Pembelajaran tidak akan habis. Apa bidang sekalipun. Dalam lakonan, asasnya sama. Yang membezakan pencarian, penelitian kita terhadap satu-satu watak itu berlainan.

” Kalau pelakon lama tidak terus mencari. Dia akan tersek4t, berada pada tahap yang sama.

” Saya tak boleh jangka sampai bila saya akan menjadi anak seni. Buat masa ini, saya masih bersemangat. Ada banyak benda lagi yang saya nak buat. Makin berusia, makin banyak saya nak kongsi,” tegasnya.

Ada penonton berjumpa di luar panggil Pok Ya

Tidak dinafikan, terlalu besar sambutan yang diberikan terhadap telefilem ok Ya Cong Codei: Mencari Siti yang ditayangkan pada tahun 2022.

Impaknya mencetvskan fenomena, menjentik anjakan kepada kerjaya anak seni ini yang juga pelakon serta pengarah telefilem tersebut.

Kata Sabri, dia melihat dengan jelas. Sambutan penonton bukan calang-calang. Katanya, lebih-lebih lagi dalam kalangan orang muda, yang amat meminati telefilem tersebut.

” Ada penonton, ketika berjumpa saya di luar, tetap memanggil saya sebagai Pok Ya.

” Saya menganggap itu perkara biasa. Penonton ini, kalau jumpa kita di luar mereka panggil kita dengan nama watak yang kita bawakan. Barangkali kebetulan.

” Tetapi, mereka yang mengenali saya secara peribadi, panggil saya Sabri Yunus sahaja. Kalau diikutkan, saya lebih suka orang kenal saya begitu,” katanya.

Bukan tidak mahu berkahwin, tetapi…

2007 merupakan tahun menduga buat seorang Sabri Yunus. Kehilangan permaisuri hati, Norraya Mohd. Yussof yang pergi menemui Pencipta, menjadi titik hltam yang masih membekas.

Dia saat itu memendam kesedlhan terlalu dalam. Imp4k kehilangan itu terlalu taj4m dia rasakan. Membuatkan dirinya hilang seketika, merawat kelvkaan.

” Saya terkesan. Jadi hilang pvnca. Banyak benda yang saya tinggalkan. Tidak lagi terima undangan lakonan mahupun membuat persembahan.

” Perlahan-lahan saya keluar industri. Menghilang seketika, membawa diri. Selang beberapa tahun, saya putvskan untuk kembali. Terus aktif membuat kerja-kerja pengarahan,” katanya.

Sehingga ke hari ini, Sabri belum temui pengganti. Mungkin itu ketentuan Yang Maha Esa, belum lagi menghadirkan seorang wanita bergelar isteri untuknya.

Ditanya adakah dia selesa begini? Hidup tanpa seorang isteri di sisi. Sabri berdiam seketika, sebelum memberi jawapan bagi pertanyaan saya.

” Bukan saya tidak mahu. Ketika itu, anak-anak sedang membesar. Fikiran saya lebih kepada soal anak-anak.

” Saya khuatir, kalau anak-anak tak bersetuju saya berkahwin lagi. Saya tak boleh bayangkan perasaan mereka. Takut anak member0ntak.

” Salah pilih kawan. Tak balik rumah. Ya, mungkin ketika itu, saya fikir berlebih-lebihan.

” Jadi saya tunda hasrat itu. Sehingga sekarang. Masih belum berkahwin. Tetapi bukan saya menolak. Bagi saya hidup perlu praktikal. Tak perlu terus mengenang perkara lama,” ujarnya.

Kata Sabri, dia sedar ramai yang mempersoal. Kenapa dia tidak berkahwin lagi. Ada yang menganggap, dia tidak mahu pengganti dan lebih selesa hidup tak beristeri.

Tetapi dia men0lak tanggapan itu. Katanya, biarlah apa orang nak kata. Dia selesa hidup sendiri bersama anak-anak di sisi. Yang penting, happy.

” Bagi saya tak ada msaIah. Terus terang saya katakan, saya lebih fikirkan soal anak-anak.

” Anak-anak ada juga bertanya. Mungkin mereka fikir, kalau ayah tak kahwin, dia orang lah kena buat semua benda. Basuh baju, kemas rumah semua,” selorohnya.

Sumber:utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*