Saya terjumpa buku nota miliknya” Pembantu Rumah Sudah Pulang Ke Indonesia

Pelawak dan penyampai radio, Johan tidak menyangka amalan menyampaikan tazkirah selepas solat membuka pintu hati pembantu rumahnya yang beragama Krlstian untuk memelvk Islam.

Kata Johan, rutin harian dilakukan bagi mengisi waktu terluang antara solat Maghrib dan Isyak itu menjadi asbab pembantu warga Indonesia berkenaan akhirnya melafazkan dua kalimah syahadah.

“Saya mempunyai seorang pembantu rumah dari seberang yang asalnya beragama Krlstian.

“Dia bekerja dengan saya selama tiga tahun. Ketika kami sekeluarga solat berjemaah, saya pastikan masa yang terluang antara waktu Maghrib dan Isyak diisi dengan penyampaian tazkirah.

“Setiap kali sesi perkongsian ilmu berlangsung, dia akan duduk di sudut surau dalam rumah kami dan mendengar topik dibincangkan. Dia hanya mendengar tanpa bertanyakan apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, menurut pemilik nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu, dia tidak mengetahui perkara itu hinggalah selepas pembantu rumah berkenaan pulang ke negara asalnya.

“Hanya selepas dia balik ke Indonesia sewaktu perintah kawalan pergerakan barulah saya dapat tahu pembantu rumah ni dah pelvk agma Islam,” jelasnya.

Johan berkata demikian pada majlis sidang akhbar program realiti nyanyian program Ceria Popstar Xtra di ibu kota baru-baru ini.

Program mencvngkil bakat nyanyian kanak-kanak itu mengekalkan Johan sebagai juri tetap.

Tambah Johan, hal yang membuatkan dia lebih terharu adalah selepas mendapati usaha dilakukan wanita berkenaan untuk mendalami agama Islam.

“Saya terjumpa buku nota miliknya yang tertera surah al-Fatihah, namun ditulis dalam tulisan rumi.

“Sekali gus menggambarkan betapa bersungguhnya dia mempelajari dan mendalami agama Islam,” kongsinya.

Selepas bergelar mualaf, suami kepada pelakon Ozlynn Wati itu memaklumkan pembantu rumahnya terus mendapat bimbingan daripadanya.

Namun katanya, kali ini wanita itu banyak mengajukan soalan mengenai Islam.

“Pembantu rumah kembali bekerja dengan saya. Sebelum ni dia hanya dengar saja saya sampaikan tazkirah.

“Kini dia rajin bertanyakan soalan apabila ada perkara yang tak difahami,” katanya.

“Tengok Aku Suap Anak, Menitik Air Mata Dia.” Tak Mahu Pembantu Rumah Sedlh, Ozlynn Janji Bawa Keluarganya Datang Malaysia!

Jarang kita lihat pertalian rapat antara pembantu rumah dengan majikan. Namun selebriti ini menunjukkan sebaliknya. Ozlynn Wati, isteri kesayangan Johan Raja Lawak ada memuat naik satu video surprise sempena hari jadi pembantu rumahnya.

Surprise itu nyata membuatkan pembantu rumah yang dikenali sebagai Cora terkejvt dan terharu dengan ingatan tersebut.

Di dalam kapsyennya, Ozlynn memberitahu rancangan tersebut dibuat bersama dengan anaknya Ariq.

Happy birthday Cora!! Kelam4m kabut dia pergi panggil ariq di luar sebab kita saja buat kelam kabut konon nak mintak tolong ariq.. sekali dia kena main la cik salmah??..okay korang mesti tertanya sapa dia nih.. ok dia nurse yang jaga baby sepanjang aku bekerja kat luar.. orang yang tegas tapi penyayang.. dah sebulan lebih jaga baby.. banyak benda aku tau tentang dia dan belajar dari dia.

Di dalam kapsyen tersebut, Ozlynn turut bercerita mengenai pembantu rumahnya yang kehilangan suami tersayang dan anaknya sedang saklt di kampung.

“kita nih bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri, nak dengan tak nak je atau memilih dengan tak.. satu malam duk dengan dia tengok dia cerita tahan sebak.. dia cakap kat sini kekadang dia di bayar untuk jaga orang tua, baby.. sedangkan anak dia kat kampung saklt.. terpaksa dia tinggalkan sebab nak cari duit lebih kat malaysia.

“Bulan 5 hari tu suami dia menlnggal.. so dia sekarang kena tanggung mak, abang dia yang dah tua dan anak dia yang tak sihat.. tabah betul dia.. kadang dia tengok aku suap anak-anak makan.. dia kat tepi menitik-nitik air mata.. aku nampak dia cuba sorok muka.. aku pon tak nak dia sedlh terus cakap tapi tak pandang muka dia..

Sempat pula Ozlynn berseloroh untuk mencvri duit suami, Johan untuk membeli tikel kapal terbang

aku suruh dia kerja elok-elok.. nanti aku bawak anak kau datang sini melawat ko.. jangan risau pasal duit belanja dan tiket flight.. nanti aku curi duit laki aku sebab dia banyak duit.. tergelak dia sambil lap air mata dengar aku cakap.. dia bukan islam tau.. tapi dah selalu dengar aku cakap InsyaAllah, dia sendiri sebut.. yes maam, insyaAllah.. ? hareyyy betul aku lak yang sedlh.. tak susah pon nak bahagiakan orang.. bagi kasih sayang… iyeee kasih sayang… percayalah korang akan bahagia juga..

Penyertaan dalam program Raja Lawak musim pertama membuka ruang kepada pembabitan pelawak Johan dalam lapangan seni hiburan.

Bermula sebagai pelawak, beliau perlahan-lahan mengatur langkah mencipta nama dalam beberapa cabang seni lain seperti lakonan, pengacaraan dan juruhebah radio.

Tanpa disedari, penglibatannya kini sudah mencecah usia 12 tahun.

Jom berkenalan dengan lebih dekat bintang yang cukup dikenali menerusi segmen radio ‘Johara Pagi Era’ ini.

Biodata

1. Nama sebenarnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz. Menggunakan ‘Johan’ atau ‘Johan Raja Lawak’ sebagai nama komersial.

2. Dilahirkan di Ampang, Selangor pada 13 Jun 1984. Kini berusia 35 tahun.

3. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

4. Selepas menduduki tangga ketiga dalam program Raja Lawak musim pertama, beliau diberi peranan sebagai hos rancangan realiti terbabit, bermula daripada musim yang kedua.

5. Selain itu, beliau pernah mengacarakan program Jozan Show, Galaksi Sharp, Festival Filem Malaysia ke-23, Achaner Tu Johan, Skool Of Lawak, Betul ke Bohong, Lawak Solo dan Jozan Live.

6. Popularitinya mel0njak naik selepas menjuarai pertandingan realiti, Maharaja Lawak Mega 2012 menerusi kumpulan Jozan yang turut dianggotai pelawak Zizan Razak.

7. Antara drama dibintanginya seperti LawaKing, Chaparela, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Jejaka J, Edisi Khas, S.Y.O.K. dan Elly & Epit.

8. Termasuk telefilem Awek Ku Bukan Awek Mu, Osman Brani, Halimah Jongang, Hang Pa La Hang Tu, Drogba & Rooney, Puding Bling-Bling, Syawal Pertama dan Hantu Bluerey.

9. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Raya Tak Jadi, Libas, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Berani Punya Budak dan Papadom 2.

10. Turut dikenali sebagai penyampai radio Era untuk segmen pagi, gandingan bersama Ray dan Hanif menerusi nama gabungan mereka, ‘JoHaRa Pagi Era’.

11. Meraih trofi Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Rancangan Radio Terbaik bersama (Ray & Haniff) di Anugerah Shout 2013, Penyampai Radio Meletop di Anugerah MeleT0P Era 2015 dan banyak lagi.

12. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rozlinawaty Ismail atau Ozlynn Waty sebelum memasuki dunia hiburan lagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania .

Fakta Menarik

Berdarah campuran Cina di sebelah ibu, manakala bapanya berbngsa Melayu.

Anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob.

Peminat nombor satu kelab bola sep4k Arsenal.

Sumber: IG jozlynnhanania, MKINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*