“Saya okay saja” Jamal Abdillah Akur Dan Serahkan Kepada Bekas Isteri.

Kuala Lumpur: Datuk Jamal Abdillah, 63, tidak berdepan mas4lah mengenai hubungan dengan anaknya termasuk isu dia dih4lang bekas isteri berjumpa anaknya, Zaki Yamani.

Jamal ketika ditanya mengenai dkwaan itu berkata, dia akur dan menyerahkan aturan itu kepada bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad.

Jamal Abdillah

“Saya serahkan kepada Allah. Saya tak boleh buat apa. Kuasa pada mak dia. Saya tak nak bergadvh, nanti anak yang susah. Jadi saya serahkan kepada dia untuk uruskan.

Menurut Jamal, dia sentiasa memberi layanan sama rata kepada lima anaknya dan tidak pernah membezakan mereka.

“Ketika kontroversi ini tercetus, saya masih berhubung dengan anak saya (Zaki), tambahan pula, Zaki kini merupakan peserta sebuah program realiti dan saya juga terlibat dengan rakaman program itu,” katanya kepada Murai MY.

Raja pop itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab, di Istana Budaya, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah penyanyi Kekasih Awal Akhir itu, dia juga terbuka untuk tinggal bersama semua anaknya, malah telah menyediakan rumah kepada mereka seorang sebuah.

Zaki

“Saya okay saja, saya dah siapkan semua untuk anak-anak saya, rumah pun saya dah sediakan seorang sebuah.

“Apapun, saya serahkan segalanya kepada Allah SWT dan terpulang juga kepada ibu mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, Zaki meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak meraikan lebaran bersama bapanya itu. Kemudian, Jamal mendkwa dia dihal4ng bertemu dengan anaknya selepas bercer4i dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.

Zaki yang juga penyanyi adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra. Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra pada Disember 2005 dan bercer4i dua tahun selepas itu.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.

Zaki Yamani tak ‘jual nama’ Jamal Abdillah, masuk Ceria Pop Star Xtra guna bakat sendiri… Tetap hadir ‘audition’

MENJADI anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bukanlah tiket laluan mudah bagi Zaki Yamani untuk mencipta nama dalam industri seni.

Buktinya, Zaki atau Ahmad Zaki Yamani, 16, masih terkial-kial mempamerkan bakat sendiri agar lebih dikenali dalam dunia hiburan.

Terbaharu, Zaki mencuba nasib hadir ke uji bakat program Ceria Pop Star Xtra.

“Orang mungkin anggap saya boleh ambil jalan mudah untuk popular. Namun saya lebih senang mencipta nama sendiri.

“Sebagai anak kepada Jamal Abdillah pun saya tidak diberi jalan istimewa untuk hadir ke uji bakat.

“Malah sebelum ini saya juga pernah ditolak untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian selepas sesi uji bakat,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini Zaki dilihat berkongsi gambar dia diterima masuk menyertai program tersebut dalam satu hantaran di Instagram.

Tekad untuk memperbaiki mutu nyanyian sendiri, Zaki berharap program sebegini dapat memberikan ilmu bermanfaat buatnya.

Malah Zaki juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang dalam pertandingan tersebut.

Sebagai anak kepada Jamal Abdillah pun saya tidak diberi jalan istimewa untuk hadir ke uji bakat
ZAKI YAMANI
PENYANYI

“Saya mahu sertai program ini sebab hendak mencari pengalaman dan tingkatkan kualiti vokal.

“Selain itu saya juga mahu hiburkan peminat.

“Soal kalah atau menang tidak menjadi keutamaan buat saya. Apa yang penting adalah ilmu untuk saya memperbaiki diri,” jelasnya.

zaki yamani 2

Bercerita lanjut tentang perjalanan seni, kata Zaki dia harus bijak membahagikan masa untuk kerjaya dan juga pelajaran.

Dalam masa sama, Zaki juga sibuk menguruskan perniagaan makanan yang dia usahakannya.

“Kehidupan harian memanglah sibuk. Saya cuba bahagikan masa sebaik mungkin untuk semua yang saya usahakan.

“Saya tak mahu pelajaran terabai dek kerana terlalu sibuk dengan perniagaan dan jemputan menyanyi.

“Semua perkara harus diseimbangkan,” ujarnya.

Sumber : Mstar, murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*