Ryan Bakery Berjaya Rasmikan Kedai

Kejayaan demi kejayaan yang diraih TikToker terkenal, Ryan Bakery selepas video-video yang dihasilkannya mendapat perhatian ramai sememangnya satu perkara yang sangat positif buat pemuda berusia 27 tahun itu.

Konten-konten yang disajikan juga sangat ‘relate’ dengan kehidupan kita sewaktu kecil dan alam persekolahan hingga membuatkan kita mengimbau kembali nostalgia ketika itu.

Berjaya buka BubbleBee

Disebabkan hasil kerja kerasnya kini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan, Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery telah berpeluang bekerjasama dengan pelawak yang juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk merasmikan satu lagi francais BubbleBee di Seri Iskandar, Perak.

Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, 100 cawan BubbleBee percuma telah diberikan kepada pelanggan terawal bersempena perasmian francais tersebut.

Sebak tengok Ryan pot0ng reben perasmian

Menjengah ke Instagram Shuib, Ryan telah memot0ng reben perasmian di francais Seri Iskandar disaksikan para pelanggan, peminat serta orang terdekatnya bagi sama-sama meraikan pencapaian pemuda itu.

Namun, disebalik situasi yang menggembirakan tersebut, kebanyakan warganet yang mennggalkan komen di Instagram Shuib meluahkan rasa seb4k melihat sahabat Ryan iaitu Wanchai yang menangls terharu melihat kejayaan rakan baiknya.

Inilah dinamakan sahabat sejati

Dia dan Ryan dilihat berpelvkan sambil menangls kerana begitu terharu dengan pencapaian rakannya yang kerap membuat video di TikTok bersama.

Perkongsian itu nyata membuatkan warganet turut seb4k sama melihat keakraban mereka yang meraikan kejayaan besar ini. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada Ryan kerana terus berusaha menambah pendapatan dengan menceburi bidang perniagaan pula.

Rezeki terpijak, Ryan Bakery tak sangka dapat ‘gift singa’ banyak

Nama Ryan Bakery semakin mendapat tempat dihati warganet selepas menghasilkan kandungan video yang mengimbau zaman kanak-kanak sehingga meraih jutaan tontonan di platform TikTok.

Rezeki terpljak tanpa disangka-sangka

Terbaharu, siaran langsung pemilik nama Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, di platform tersebut mengejvtkan ramai termasuk dirinya sendiri kerana tidak menyangka dia dapat ‘durian rntuh’ oleh seorang pengguna dikenali Sultan Pemurah.

Mana tidaknya pemuda berasal dari Manjung, Perak ini mendapat hadiah ‘Singa’ oleh Sultan Pemurah berkali-kali dan dipercayai nilai harga hadiah tersebut sangatlah tinggi.

Susulan itu, Ryan meluahkan kesyukuran kerana Sultan Pemurah benar-benar bermurah hati menghadiahkan dia gift semahal itu sepanjang bersiaran langsung selain pengikutnya yang lain.

Dalam pada itu, Ryan meluahkan kerisauan sekiranya pengguna dikenali Sultan Pemurah itu tersilap menekan gift mewah seperti istana dan singa kepadanya.

Ryan berkata, dia tidak mengharapkan hadiah daripada pengikutnya semasa bersiaran langsung kerana mahu berborak secara santai sambil bermain mainan.

Cukup kumpul duit kahwin, Ryan tervja kongsi cerita dengan tunang

Gara-gara terlalu teruja mendapat hadiah tidak disangka-sangka, Ryan berkongsi kegembiran bersama tunangnya yang kebetulan membuat panggilan telefon pada ketika itu.

Maklum Ryan, wang yang diperoleh daripada pengikut TikToknya seperti Sultan Pemurah sebentar tadi boleh digunakan untuk perbelanjaan majlis perkahwinan mereka kelak.

Satu gift slnga bernilai RM1,049,90?!

Hasil tinjauan mendapati harga bagi satu gift spnga yang diberikan oleh Sultan Pemurah kepada Ryan adalah bernilai RM1,049.90 dan tidak dapat bayangkan jumlah sebenar diterima setelah berkali-kali pengguna itu menghadiahkannya termasuklah istana, planet, roket, TikT0k Universe dan orang utan.

Rata-rata pengikut mengatakan Ryan Bakery layak mendapat hadiah bernilai kerana konten yang dihasilkan sangatlah bersahaja dan tidak melmpau seperti TikTokers yang lain.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*